Memaparkan catatan dengan label Dari Hati ke Hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dari Hati ke Hati. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Januari 2010

Bakul dengan Ketam



 Cikgu Syafrul: Awak semua pernah tengok tak di pasar ada orang jual ketam dalam bakul?

Pelajar 5 SS: Tak pernah nampak pun cikgu.

Cikgu Syafrul: Habis tu orang yang jual kat pasar tu dia letak je ke atas meja? tak pun dia gantung je?

Pelajar 5 SS: Aah cikgu. Diorang buat macam tu je.

Cikgu Syafrul: Baiklah. Tak mengapa. Baik, saya akan ceritakan kepada awak semua kisah bakul dan ketam.

Pelajar 5SS: Encik Krab ke cikgu?

Cikgu Syafrul: Bukan. Encik krab dia pakai baju. Yang ni ketam betul punya.

Pelajar 5 SS: ooohhh...

Cikgu Syafrul: Sebenarnya dalam bakul ni ada 3 jenis golongan ketam. Golongan yang pertama adalah golongan ketam yang akan mati dan berkorban demi melihat ketam-ketam yang lain boleh pijak atas mereka dan panjat keluar daripada bakul. Golongan yang kedua adalah golongan ketam yang tidak kesah kepada ketam-ketam yang lain. Tidak mahu bekerjasama keluar panjat daripada bakul. Ketam-ketam ini menghancurkan dinding-dinding bakul tu sebab nak keluar.

Pelajar 5 SS: Golongan ketiga pulak cikgu?

Cikgu Syafrul: Golongan ketiga pulak adalah golongan ketam yang mana suka sangat tarik kawan-kawan ketam dia ke bawah. Dah nak keluar dah, tapi diorang tarik ke bawah semula.

Pelajar 5 SS: Ooohhh

Cikgu Syafrul: Jadi, apakah moral of the story. Siapa yang ada idea untuk kita berkongsi bersama?

Pelajar 5 SS: Tolong menolong cikgu! Selfish Cikgu!

Cikgu Syafrul: Baik, moralnya adalah ketam itu sendiri menggambarkan kita dalam sebuah negara, masyarakat mahupun organisasi. Ada golongan yang mana dia sanggup mengorbankan dirinya demi melihat bangsa, negara dan rakan sekelilingnya berjaya. Ada golongan di mana dia pentingkan diri sendiri, sehingga hancur sebuah negara oleh sikap tamak mereka untuk berjaya. Ada juga golongan yang tak mahu melihat orang lain berjaya. Ada sahaja melihat orang lain sudah mula hendak berjaya, mereka jatuhkan mereka kembali. Boleh nampak kan apa yang saya cerita ni?

Pelajar 5 SS: Boleh cikgu!

Cikgu Syafrul: Jadi, awak nak masuk golongan yang mana?




Jumaat, 13 Mac 2009

Kenapa cikgu nak jadi cikgu?

"Cikgu, kenapa cikgu nak jadi cikgu?" Seorang anak murid saya bertanya, namanya Kamil.
"Kalau saya jadi macam cikgu, dengan keputusan macam cikgu ni, dah lama saya jadi engineer macam bapak saya. Kaya cikgu. Gaji dekat 10 000 kalau kerja dengan Petronas..."
Jawab saya,
"Kalau kau nak tahu, cikgu dulu dapat jugak tawaran masuk UTP amik engineering lepas SPM...Medic pun dapat...oversea lagi...tapi cikgu tolak..."
"La ruginya cikgu. Kalau saya, saya dah amik dah. Mesti saya dah kaya sekarang. Gaji beribu-ribu..."
Jawab saya, "Dalam dunia ni ada dua konsep yang saya pegang..."
"Apa dia cikgu?"
"Pertama saya kerja dengan tertekan dan terpaksa tapi duit saya banyak."
"Yang kedua cikgu?"
"Yang kedua, duit saya sederhana, cukup2 makan, tapi saya suka sangat buat benda tu, saya dapat buat kerja dengan hati yang senang"
Tambah saya lagi,
"Saya akan pilih yang kedua. Sebab tu saya jadi seorang guru"Hati saya puas andaikata ada anak didik saya dah berjaya menjadi doktor dan engineer satu hari nanti. Jauh lebih hebat dari saya yang hanya seorang guru biasa...Itu kepuasan yang pekerjaan lain tak dapat bagi...Perkongsian ilmu dan kasih saya kepada adik-adik dan anak bangsa saya....jiwa dia lain"
Anak murid saya beritahu,
"Pelik la cikgu ni. Saya tak kira kalau saya dapat keputusan macam cikgu, saya akan pilih engineer dan bukan cikgu"
"hahaha..." Saya ketawa kecil je.