Khamis, 21 Mei 2009

Pengumuman!

Alhamdulillah. Dengan keizinan Allah, berkat doa kedua ibu bapa saya serta sekelumit usaha yang saya curahkan, maka dengan rasminya saya isytiharkan bahawa semua target yang saya letakkan sepanjang berada di Universiti sebagai seorang mahasiswa telah pun tercapai pada hari ini.
Matlamat tersebut adalah:
a) Mendapat PNGK atau CGPA melebihi 3.50 diakhir pengajian
b) Mendapat lebih 20 sijil penyertaan/aktiviti/program/AJK/Sekretariat dan sewaktu dengannya
c) Menjawat jawatan antara yang tertinggi dalam Persatuan Sains
Senarai target diatas telah saya letak pada minggu pertama semester 1, 4 tahun yang lepas.
Alhamdulillah.
p/s: siapa cakap aktif berpersatuan boleh jejaskan akademik? Cikgu dah buktikan!

Jumaat, 15 Mei 2009

Kenapalah banyak sangat benda-benda ini sekarang?

Saya terfikir dan terperasan dan saya tanya kepada diri saya dan sesiapa yang baca entry saya ini, kenapalah banyak sangat benda-benda ini sekarang? Semakin menjadi-jadi nampaknya.
1) Akademi Fantasia
2) Mentor
3) One in a Million
4) Oo la la
5) Bintang RTM
6) Anak Wayang
7) Pilih Kasih
8) Raja Lawak
Saya sudah naik bosan dengan program realiti seperti ini. Bagi saya sudah banyak selebriti, penyanyi, pelakon yang Malaysia sudah miliki. Kalau masuk program seperti ini pun, belum tentu lagi dapat buat album dalam keadaan ekonomi sekarang. Keluar sahaja program tenggelam terus. Yang dapat menyanyi di majlis-majlis pun sudah kira cukup baik.
Sehinggakan program ini sudah menjadi matlamat anak bangsa saya sendiri, bangsa melayu. Lepas SPM itulah matlamat anak-anak bangsa saya. Bukannya nak kejar kerjaya yang hebat tetapi populariti. Walaupun tidak semua tetapi saya rasakan banyak yang pergi uji bakat. Panjang sangat beratur. Di mana pergi minda kelas pertama? Di mana pergi towering personaliti? Golongan yang nak kejar populariti ini ke yang akan memimpin bangsa kita? Dunia hiburan nampaknya tidak selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan bangsa malaysia yang maju
Bagi saya, kurangkanlah benda-benda ni. Kesian saya tengok anak perempuan islam terkinja-kinja atas pentas. Lelaki hilang kredibiliti bila terkinja-kinja menari. Pergaulan bebas lelaki perempuan. Yang pergi konsert yang pakai tudung pun ada. Orang luar boleh cakap inilah Budaya Islam yang Malaysia canangkan sehinggakan Kuala Lumpur diiktiraf sebagai hab budaya islam sedunia.
Alahai...hedonisme...
p/s: Agaknya Yahudi dah menang perang saraf dengan kita. Salah satu 4S yang mereka perkenalkan iaitu 'Song' sudah berjaya menyerap masuk ke saraf-saraf pemuda pemudi Islam kita.
Aku pula macam mana? Dah terpengaruh ke?

Rabu, 13 Mei 2009

Kadang-kadang saya fikir seandainya...

Kadang-kadang saya fikir apa yang akan terjadi kepada saya seandainya saya memilih jalan yang lain bagi meneruskan perjalanan hidup saya. Kadang-kadang saya terfikir kenapa saya pilih yang ini dan bukan yang itu?. Kadang-kadang saya fikir kalau saya pilih jalan ini, apa yang akan berlaku kepada saya sekarang? Apa yang terjadi kepada saya seandainya saya tidak berusaha bersungguh-sungguh di sekolah rendah agama dahulu? mungkin saya tidak dapat markah yang sangat baik untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah agama dan saya akan masuk ke sekolah menengah biasa. Maaf jika saya katakan mungkin saya tidak dapat menahan segala bentuk budaya yang agak negatif di sekolah menengah harian semasa saya membesar sebagai seorang remaja. Mungkin saya tidak bertemu dengan rakan-rakan sekelas saya yang sangat baik di mata saya waktu itu. Mungkin saya tidak bertemu dengan rakan-rakan yang bercerita kepada saya tentang agama. Maklumlah kelas pertama di sekolah agama, disiplin memanglah baik. Saya agak terselamat semasa berumur 13 hingga 15 tahun.
1) Apa yang terjadi kepada saya seandainya saya menanda borang permohonan sekolah berasrama penuh dengan aliran sains agama dan bukan aliran sains tulin. Saya dapat rasakan bahawa seandainya saya menanda aliran sains agama dahulu, saya mungkin saya sudah masuk ke KISAS atau SMAP. Selepas itu ruang saya untuk melanjut pelajaran ke luar negara teramatlah cerah tambahan lagi dengan tarbiyah yang mantap. Tetapi, semasa umur yang tidak matang itu saya memilih aliran sains tulin dan saya mendapat tawaran salah satu sekolah sains terkenal di Johor. Apa akan terjadi kepada saya sekiranya saya memilih untuk menerima tawaran SBP tersebut? Mungkin saya kaya dengan ilmu, saya mudah untuk ke luar negara untuk menyambung pengajian, mungkin juga saya mudah mendapat pekerjaan kelak, mungkin saya gah sebagai produk SBP. Namun saya akur dengan permintaan bapa untuk menyambung pelajaran tingkatan 4 saya di SAM Bestari JAIS. Saya hanya menuruti. Dan saya sedari bahawa SAM Bestari telah mengajar saya mengenai apakah itu solat berjamaah, apakah itu biah solehah, apakah itu batasan hubungan lelaki dan perempuan dan banyak lagi yang saya rasa mungkin saya tidak dapat di sekolah sains. Saya rasa saya akan miskin penghayatan agama sekiranya terus pergi ke Sekolah Sains. Mungkin saya tidak mengenal sahabat-sahabat yang pandai dan mengajar agama kepada saya di tempat lain seperti yang saya peroleh di SAM Bestari. Pada usia 16 tahun yang banyak konflik dalam diri, Sekolah Agama telah sedikit sebanyak menyelamatkan saya.
2) Apa yang akan terjadi kepada saya sekiranya bapa saya membenarkan saya menerima tawaran penajaan negeri selangor untuk mengambil jurusan perubatan di CSMU Ukraine selepas SPM? Mungkin sekarang saya berada di Ukraine. Membesar di sana jauh dari pengawasan ibu dan bapa saya dan saya mendapat 'title' sebagai seorang doktor sekarang. Mungkin saya jumpa rakan-rakan Dr yang lain dan mungkin lain bangsa dan negara. Mungkin juga saya ada menyimpan gambar-gambar bermain salji beserta orang saljinya. ungkin juga saya depat berjalan-jalan ke negara orang. Mungkin semasa saya terbang ke sana, ramai saudara mara saya akan menghantar dan ini akan meningkatkan reputasi keluarga saya kerana memiliki anak yang berjaya melanjutkana pelajaran di luar Malaysia.
3) Apa yang akan terjadi kepada saya sekiranya saya menerima tawaran Engineering di Universiti Teknologi Petronas selepas SPM dulu? Mungkin saya dikelilingi orang yang sangat hebat dari segi otaknya dan tentunya sosial yang berlainan. saya juga akan dikelilingi oleh bangunan yang canggih-canggih serta pemandangan yang cantik serta luas dikampus. Mungkin sekarang saya sudah bergaji beribu-ribu sebagai engineer. saya juga akan gah sebagai seorang produk dari UTP yang ulung dan saya punyai nama dan menjadi buah mulut ramai saudara mara saya. Mungkin saya akan berjumpa rakan-rakan yang lain yang tidak sama dengan sekarang. Sekiranya saya menerima tawaran itu, maksudnya pada umur 18-23 tahun, rencah dan warna hidup saya akan dipengaruhi oleh rakan-rakan tersebut. Pengalaman yang saya akan bina juga mestilah lain. Mungkin cara berfikir saya tidak sama dengan sekarang.
4) Apa yang terjadi sekiranya saya tidak terpilih untuk masuk ke Matrikulasi Perak? sudah tentu saya tidak akan mengenali rakan sebilik saya dahulu. Sudah tentu saya tidak mengenali rakan-rakan tutor saya. Mungkin juga saya tidak mengenali rakan-rakan yang pergi sama-sama ke masjid dengan saya. Mungkin saya tidak akan merasa bagaimana perasaan rakan-rakan saya yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang di sekolah dahulu.
5) Apa yang terjadi kepada saya sekiranya saya tidak terpilih untuk masuk ke UPSI? Sudah tentu sekarang saya bukan lagi seorang guru. Mungkin apa-apa pekerjaan saya akan menjawat sekarang. Mungkin kerja di makmal atau kilang. Mungkin juga sebagai petani moden. Atau tiada apa-apa. Saya mungkin juga tidak dapat menimba pengalaman melalui program yang saya terlibat dan saya uruskan sendiri. Mungkin juga saya tidak dapat belajar bagaimana hidup sebagai orang bujang di rumah sewa. mungkin juga saya tidak akan berjumpa dengan rakan baik saya di UPSI dan membesar bersama mereka, membina pengalaman dan kenangan bersama mereka. Mungkin saya tidak mempunyai karakter seperti sekarang. Mungkin juga saya tidak akan depat mengecap jawatan yang tinggi di Universiti dulu. Dan mungkin juga terutamanya saya tidak akan mengenali dan berjumpa dengan tunang saya sekarang.
Namun, bagi saya ada masa dalam kehidupan ini kita perlu memilih jalan yang terbaik supaya perjalanan kita yang seterusnya akan menemui kejayaan tanpa menghadapi sebarang risiko yang besar. Itu iradat yang memang tuhan bagi kepada manusia. Kuasa untuk memilih. Tapi memang tuhan yang menentukan apa yang terjadi kepada kita. Apa yang terjadi kepada kita itu bagi saya adalah yang terbaik tuhan hendak bagi kepada kita. Dan saya dapat rasakan setiap pilihan itu memang terbaik untuk diri saya. Ada awal-awal lagi saya sudah menyedarinya dan ada juga yang saya lambat menyedarinya. Saya harap dalam pelilihan seterusnya saya sudah mengenalpasti kebaikan yang akan saya dapat awal-awal lagi. Yang paling penting bersyukur dengan melakukan segalanya dengan terbaik.
Sebenarnya tidak elok saya bermungkin-mungkin dan berjika-jika dan berkalau-kalaulah sebegini, dulu ada belajar masa sekolah pasal berjika-jika ni usikan syaitan jadi sampai tak bersyukur. Tetapi saya suka berimaginasi dan suka-suka bertanya kalau saya pilih jalan ini dulu saya jadi apa sekarang. Mungkin dengan berimaginasi sebegini saya dapat lebih menikmati hidup sekarang ini dengan cara saya, jalan yang saya pilih dan jalan yang Allah tentukan.
p/s: Cuma teringat omelan mak saya. Beliau berkata "nasib baik abang tak jadi engineer masuk UTP dulu, kerja teruk kat pelantar tu.' (",)

Selasa, 5 Mei 2009

Sewaktu bersama Dato' Abu Hassan Din al-hafiz: Nak Masuk Golongan Mana?

Dato' Abu Hassan Din telah memberikan kepada saya satu peringatan yang sangat berguna. Peringatan ini beliau berikan semasa kuliyyah agama di masjid kariah kampung sungai raya batu 9 tanggal 2 Mei yang lepas.
"Saya tidak diberikan tajuk yang khusus untuk dibincangkan pada malam ini, tetapi terlintas dalam fikiran saya untuk berbincang mengenai soal Hari Mahsyar".
" Manusia sejak dari zaman nabi adam hingga ke umat yang terakhir akan berhimpun di suatu tempat dinamakan mahsyar untuk diperhitungkan amal baik dan amal buruknya".
"Adapun sekumpulan manusia ini akan dibahagikan kepada tiga golongan".
"Golongan yang pertama adalah kumpulan yang akan masuk ke neraka tanpa hisab. Golongan ini adalah golongan yang kufur kepada Allah S.W.T. Mereka tidak akan diperhitungkan amalan malah akan terus dimasukkan ke dalam neraka".
"Golongan yang kedua adalah kumpulan yang akan masuk ke syurga tanpa hisab. Golongan ini adalah golongan yang bertakwa kepada Allah dan bertaubat sebelum mereka mati. Mereka tidak akan dihisab malah akan terus dimasukkan ke dalam syurga".
" Percayalah bahawa orang yang akan mengetuk pintu syurga dan membuka kuncinya adalah Nabi Muhammad S.A.W. Kemudian golongan kedua ini akan terus masuk ke syurga dengan sebondong-bondongnya". Akan tetapi Nabi tidak akan masuk ke dalam syurga. Baginda berkata baginda ingin memberi syafaat kepada golongan yang ketiga".
"Golongan ketiga adalah golongan yang akan dihisab amalannya satu persatu. Adapun Golongan ketiga ini akan dibahagikan kepada tiga golongan".
"Golongan yang pertama adalah apabila ditimbang amalannya, pahala akan melebihi dosanya. Maka Allah menyuruh malaikat untuk mencelur golongan ini dengan satu celuran untuk mencuci dosanya. Tapi Nabi meminta Allah untuk melepaskan mereka teurs ke syurga kerana baginda mengakui golongan ini adalah umatnya."
"Golongan yang kedua adalah golongan yang dosanya lebih daripada pahalanya. Maka mereka akan dimasukkan ke neraka selama 7 hari. Percayalah bahawa 1 hari di akhirat sama dengan 1000 tahun di dunia". Percayalah golongan ini tidak akan diakui oleh nabi sebagai umatnya.
"Golongan yang ketiga adalah golongan di mana pahala dan dosanya adalah sama timbangan. Maka mereka akan dicop dan ditempatkan di satu tempat di tengah-tengah syurga dan neraka. Duduklah mereka di situ sehingga golonngan pertama dan kedua habis dibicarakan. Kemudian mereka akan dibicarakan sehingga sezarah amalan mereka akan dihisab kembali.
Kesipulannya, pesanan dato' Abu Hassan Din adalah, " Awak termasuk golongan yang mana? Nak Masuk Kumpulan mana?"

Semoga hubungan kita sebagai guru dan pelajar akan kekal selamanya

Kata-kata terakhir cikgu syafrul semasa diminta berucap bagi mewakili guru praktikal upsi 2009 di Seri Pengkalan pada pagi 24hb Mei, "Semoga hubungan kita sebagai guru dan pelajar akan kekal selamanya...".

Kenapa sudah lama Syafrul tidak menulis?

Soalan: Kenapa saya, Syafrul, sudah lama tidak menulis dalam blognya?
Jawapan: Syafrul sudah lama tidak menulis dalam blognya kerana:
1) Susah hendak mendapat kemudahan internet sepanjang menjawat jawatan guru praktikal di alor gajah melaka. Kalau di siber kafe sekalipun, pelajar-pelajar di sekeliling saya dan mengenali saya sebagai cikgu mereka telah menganggu gugat privasi saya untuk menaip.
2) Susah mencari masa yang terluang untuk menaip kerana beban tugas untuk menyiapkan rancangan mengajar + Bahan bantu mengajar + Soalan pengukuhan (Enhancement) + Soalan pengujian (Evaluation) untuk pelajar-pelajar saya yang dikasihi. Di tambah pula lagi dengan 14 waktu mengajar satu minggu + Bola pada waktu petang.
3) Ada idea tapi tidak tahu nak garap dalam bentuk yang bagaimana. Hal ini disusuli pula dengan fikiran asyik memikirkan apa yang nak diajar esok dan bagaimana hendak menjadikan pengajaran itu menarik dan pelajar seronok belajar dengan saya. Maka, idea itu hanya tinggal sebagai idea tanpa membuahkan sebarang hasil.
Sekian

Jumaat, 13 Mac 2009

Kenapa cikgu nak jadi cikgu?

"Cikgu, kenapa cikgu nak jadi cikgu?" Seorang anak murid saya bertanya, namanya Kamil.
"Kalau saya jadi macam cikgu, dengan keputusan macam cikgu ni, dah lama saya jadi engineer macam bapak saya. Kaya cikgu. Gaji dekat 10 000 kalau kerja dengan Petronas..."
Jawab saya,
"Kalau kau nak tahu, cikgu dulu dapat jugak tawaran masuk UTP amik engineering lepas SPM...Medic pun dapat...oversea lagi...tapi cikgu tolak..."
"La ruginya cikgu. Kalau saya, saya dah amik dah. Mesti saya dah kaya sekarang. Gaji beribu-ribu..."
Jawab saya, "Dalam dunia ni ada dua konsep yang saya pegang..."
"Apa dia cikgu?"
"Pertama saya kerja dengan tertekan dan terpaksa tapi duit saya banyak."
"Yang kedua cikgu?"
"Yang kedua, duit saya sederhana, cukup2 makan, tapi saya suka sangat buat benda tu, saya dapat buat kerja dengan hati yang senang"
Tambah saya lagi,
"Saya akan pilih yang kedua. Sebab tu saya jadi seorang guru"Hati saya puas andaikata ada anak didik saya dah berjaya menjadi doktor dan engineer satu hari nanti. Jauh lebih hebat dari saya yang hanya seorang guru biasa...Itu kepuasan yang pekerjaan lain tak dapat bagi...Perkongsian ilmu dan kasih saya kepada adik-adik dan anak bangsa saya....jiwa dia lain"
Anak murid saya beritahu,
"Pelik la cikgu ni. Saya tak kira kalau saya dapat keputusan macam cikgu, saya akan pilih engineer dan bukan cikgu"
"hahaha..." Saya ketawa kecil je.

Khamis, 29 Januari 2009

Boikot Israel?

Ada seorang cikgu di tempat saya berpraktikal memberikan pendapat, andaikata kita secara terang-terangan boikot barangan Israel, maka orang-orang yahudi yang secara totalnya memegang kuasa ekonomi dunia boleh menarik semula segala bentuk pelaburan yang mereka laburkan di Malaysia. Kilang-kilang ditutup dan rakyat kita akan hilang pekerjaan. Rantaian dan teori domino akan berlaku. Secara ironinya, ekonomi kita akan merudum. Ditambahkan lagi dengan ekonomi yang meleset pada akhir-akhir ini, fikirkan apa yang bakal terjadi. Perkara yang lebih buruk akan berlaku. Mungkin sekatan ekonomi secara halus akan terjadi di negara kita. Mungkin perkara-perkara ini akan menghantui rakyat negara kita. Maka boikot secara besar-besaran mungkin sukar berlaku. Perasan atau tidak tidak terpacul dari mulut Pak Lah atau Najib atau Rosmah untuk memboikot barangan Israel di negara kita. Mengapa? Sebabnya adalah seperti yang saya katakan tadi. Rakyat kita yang sudah biasa dengan hidup yang selesa pasti sukar untuk melawan sekatan ekonomi seperti yang berlaku di Iran.
Hemat saya, jikalau semua 58 negara Islam yang bernaung di bawah OIC bergabung membentuk satu kuasa ekonomi yang besar, misalnya menggunakan mata wang Dinar, autoriti untuk memboikot itu pasti menjadi lebih kuat. Kalau Malaysia sahaja, alamat habislah negaraku yang tercinta ini. Pada masa yang sama buat jalinan kerjasama buat produk seharian yang sememangnya halal dan toyyiba. Kita kongsi-kongsi guna sesama umat Islam. Tapi, kenapa tak nak buat ya?
Saudara saudari macam mana pula? Dah boikot? Saya sudah. Coke dah lama saya tidak minum. Maggi dah lama juga tak beli. Doa-doakan la pemimpin Islam nak boikot Israel ramai-ramai.
p/s: Adik saya cakap, andai kata tiba-tiba sahaja askar israel datang ke negara kita masa kita sibuk2 buat demo ke piket ke ceramah ke, berani ke orang2 yang lantang mengatakan israel zalim dalam demo dan piket pergi menghadap askar yang lengkap bersenjata tersebut hanya dengan berbekalkan batu?
Berani ke? Entah-entah lari terkincit2. Siapa tahu....Saya pun tak tahu saya lari ke lawan. Entah2 lari kot. Tak biasa dengan suasana berjihad ni. Batu nak lawan dgn M-16? haiiii....
Saya rasa itu bezanya saya dengan budak kecik kat palestin tu. Tahap manala Iman saya ni...
Syafrul
29 Januari 2009
6.43 p.m.
98 Jln Kijang 6

Rabu, 10 Disember 2008

Takziah kepada penduduk Bukit Antarabangsa & Sekitarnya

Takziah kepada semua mangsa kejadian tanah runtuh bukit antarabangsa dan kawasan sekitarnya. "Kerosakan di muka bumi daripada tangan-tangan manusia...." p/s: Macam biasa la, dah jadi baru la nak buat kajian itu ini,resolusi itu ini, muzakarah itu ini, buat artikel itu ini. Manusia susah nak insaf....Tapi kalau tak jadi benda macam ni, tak terngadah la manusia.... Syafrul 10 Disember 2008 1.30 a.m. Rumah 98

Jumaat, 28 November 2008

Cincin Lawa

Syafrul 11.55 a.m. 28 November 2008 Cyber Cafe Pintu Timur