Jumaat, 9 April 2010

Kunci


Dari kalangan manusia ada yang menjadi kunci kebaikan dan penutup serta penghalang kepada kejahatan. Dan ada pula yang menjadi kunci kejahatan dan penutup kebaikan, bergembiralah bagi sesiapa yang dijadikan oleh Allah sebagai kunci kebaikan di tangannya, dan celakalah mereka yang kunci kejahatan di tangannya

( Riwayat Ibn Majah)

Isnin, 5 April 2010

Pengembara


Hiduplah di dunia seakan-akan engkau adalah seorang pengembara atau orang yang sedang menumpang lalu

(Riwayat Bukhari)

Ahad, 4 April 2010

Kalau Tidak Kita, Siapa Lagi?

Seminggu ini agak meletihkan. 29 hingga 31 Mac saya perlu hadir ke kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa-Petronas peringkat negeri Perak Darul Ridzuan. Dalam kursus ini saya didedahkan dengan bagaimana untuk melatih fasilatator yang terdiri daripada pelajar sekolah sebagai sahabat PPDa-Petronas. Tujuaanya adalah untuk membentuk satu generasi yang benci dan bebas daripada dadah. Kemudian, 2 dan 3 April saya perlu hadir ke kem anak soleh dan menjadi 'warden' pada kedua-dua hari tersebut.

Semasa kursus saya telah didedahkan dengan statistik-statistik keruntuhan moral yang dilakukan oleh pelajar sekolah dengan terperinci. Pengambilan dadah, seks bebas, rempit, arak semacam sudah biasa dan tidak menjadi kesalaha melakukannya. Malu sudah tiada lagi. Malah berbangga sudah hilang dara. Menjadi seorang ratu sekiranya dapat tidur dengan 7 lelaki satu malam. Berbangga merasa 'kenikmatan' arak. Menjadi hero sekiranya dapat mengambil dadah. Tidak mustahil 5 tahun atau 10 tahun akan datang ada dalam kalangan anak murid kita yang keturunan tida setaraf dan kita juga bermenantukan golongan sebegitu. Kebarangkalian akan lebih tinggi sekiranya pusat jagaan golongan ini dibuka.

Mungkin sudah ketetapan ilahi, usai sahaja kursus tersebut, saya ditugaskan untuk menjadi 'warden' dan jurugambar dalam kem anak soleh. Saya terus terfikir, sepanjang saya menjaga dan menguruskan mereka,  apakah yang akan terjadi kepada pelajar-pelajar ini selepas 5 tahun? 13 tahun sudah pun menjadi preokok yang tegar. Tidak menghormati guru. Tidak tahu solat. Malas belajar dan sebagainya. Yang perempuan, tidak ada rasa malu dengan lelaki, sudah mendedahkan aurat walaupun baru sahaja selesai kem anak soleh. Allahuakbar.

Bagi saya, tugas guru bukan sahaja dalam bilik darjah menyampaikan ilmu akademik semata-mata. Bukan sahaja menjalankan aktiviti ko kurikulum. Pada zaman keruntuhan akhlak yang sangat hebat ini, cikgu seharusnya berada di barisan hadapan bagi menyelamatkan anak-anak Islam kita. Cukuplah bilangan kes buang bayi dan anak-anak luar nikah sebagai kayu pengukur betapa banyak lagi tugas kita. Akhbar yang mengatakan tugas guru menyeksakan adalah kata-kata bagi golongan yang sudah lelah daripada menyelamatkan anak bangsa kita. Selagi saya bertenaga, saya akan beri apa yang terdaya. Itu azam saya menjadi seorang guru. Saya gusar sekiranya diakhirat kelak ditanya apakah yang telah saya lakukan bagi menyelamatkan agama saya.

Anak-anak Islam kita sekarang sedang keliru dengan jalan-jalan dan cabang-cabang yang ada di hadapan mereka. Namun, akibat hati mereka kosong daripada ilmu, mereka memilih lorong-lorong yang gelap. Cabaran mereka sangat hebat bagi melawan anasir-anasir tersebut. Televisyen (terutamanya astro), media massa, telefon bimbit yang canggih, internet (faceook, myspace, youtube) merupakan senjata-senjata fikiran yang harus mereka tempuh. Andai salah guna, masti menemui kegagalan. Ingatkah kita pesanan Khalfah Umar iaitu kita harus mendidik anak kita mengikut zaman mereka dan bukan zaman kita? Kalau bukan kita yang hendak bekerja atas agama, siapa lagi?

Semga Allah tidak mencampakkan lelah dan keluh kepada saya untuk terus mendidik anak bangsa kerana saya tahu saya antara golongan yang sepatutnya di hadapan bagi menyelamatkan mereka dan memimpin mereka di jalan yang benar. Amin.

p/s: Demi Allah yang nyawaku ditangannya, mestilah bagimu menyeru kepda kebaikan dan melarang manusia lain dari kemungkaran, atau sangat hampirlah Allah ΚΏazza wa jalla menimpakan ke atasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan)
 

Sahabat



Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetap tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentangg segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tetapi tidak menemukan rezeki yang lebih baik daripada sabar.

 

(Khalifah Umar)