Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Santai. Papar semua catatan

Isnin, 28 Disember 2009

Album Terbaru Mirwana



Sedang menunggu kemunculan Album Mirwana yang terbaru tahun hadapan. Saya memang meminati nasyid yang diperkenalkan oleh kumpulan ini.

p/s: Kena simpan duit. Nak beli yang original. (",)

Selasa, 13 Oktober 2009

Tanam Roselle: Hari Pertama

Baru-baru ini saya pergi menziarahi rakan saya di Segamat Johor. Rakan saya ini menghidangkan saya air Roselle. Saya pernah rasa air ini, iaitu semasa kami pelajar Biologi mengadakan pameran di Universiti. Sedap juga rasa air ini. Rasanya seperti air ribena.
Saya pun pergi mencari sedikit info mengenai pokok bunga ini. Dalam bahasa Inggeris ia dipanggil 'Hibuscus Tea'. Terlintas di hati saya mungkin masyarakat eropah menjadikan bunga ini sebagai air teh panas untuk diminum bersama keluarga dan rakan di waktu pagi dan petang. Bunga ini juga dipercayai boleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Terdetik di hati saya untuk menanam pokok bunga ini. Kerana saya dapat rasakan pokok bunga ini adalah unik. Unik kerana bukan sahaja untuk hiasan tetapi boleh dijadikan minuman.Tambahan lagi, akan timbul perasaan seronok jika dapat menanam dan menjaganya sehingga menghasilkan bunga. Itu adalah kepuasan dari hobi menanam pokok. Lagipun bentuk bunganya juga sangat cantik dan lain dari yang lain.
Jadi saya dan rakan saya pergi ke pasar malam di Segamat dan membeli bunga Roselle ini. Niat di hati untuk menjadikan ia sebagai buah tangan untuk bonda bila pulang ke rumah disamping mencuba untuk menanam pokok bunga ini.
Sampai sahaja di rumah, saya pun mengupas kelopak bunga ini satu persatu dan bonda saya membantu untuk merebus kelopak tersebut. Kemudian, bijinya saya ambil dan keringkan selama 2 hari. Selepas itu baru saya boleh mendapatkan biji benih pokok bunga tersebut.
Di bawah ini saya sertakan gambar proses-proses menanam pokok bunga Roselle ini:
~Proses Mengeringkan Biji~
~Biji cukup kering jika ia terbuka dengan sendiri~
~Biji benih yang telah dikeluarkan. 26 Biji kesemuanya dan berwarna hitam~
~Selesai Menyemai~
Selepas ini saya akan menunggu biji benih ini bercambah dan ingin mencari baja yang sesuai untuk pokok bunga Roselle ini. Saya akan menggunakan semua ilmu tumbuhan yang saya belajar semasa di Universiti dahulu. Doakan ya.
p/s: Tanam Pokok itu SADAQAH...(",)

Jumaat, 28 Ogos 2009

Pokok

Khamis, 13 Ogos 2009

Solatlah Kamu Sebelum Kamu Disolatkan

Robot ini hanya melakukan rukun qauli sahaja
Jauh berbeza dengan kita sebagai makhluk tuhan paling sempurna
Dengan sempurnyanya kita, kita ditekankan dengan syarat wajib, syarat sah dan rukun-rukun solat

Sabtu, 8 Ogos 2009

Ahad, 19 Julai 2009

Isra' dan Mikraj: Perlukah Cuti?

Saya bersembang dengan sahabat saya yang kini belajar di Jepun melalui facebook. Beliau mengatakan bahawa Jepun pun bercuti pada hari esok iaitu bersempena dengan Isra' Mikraj. Padahal di Malaysia salah satu hari berlakunya peristiwa besar kepada diri Rasulullah tidaklah dipublistikan sepenuhnya di media massa. Kalau ada pun program ceramah yang bertajuk Israk Mikraj.
Kita tahu peristiwa Isra' Mikraj ini besar dalam kalendar umat Islam. Tambahan lagi, peristiwa ini penuh dengan pengajaran dan hikmah. Solat, gambaran golongan syurga dan neraka, adalah plot yang penting dalam peristiwa ini. Ustaz-ustaz akan selalu bercerita mengenai peristiwa ini. Ceramah-ceramah juga akan menggunakan tajuk ini. Berulang-ulang kali mengenai cerita yang sama. Kita sendiri sudah tahu kisahnya. Namun, hikmah dan ibrah itu perlu selalu disemai agar hati kita tidak mati.
Jadi timbul persoalan, adakah dengan menjadikan hari Israk Mikraj ini sebagai hari cuti, kita akan lebih mengingati peristiwa itu? Bagi saya mungkin juga kita ingat peristiwa itu seandainya kita menggunakan cuti itu sendiri untuk mengingati peristiwa itu. Mendengar ceramah. atau berpuasa adalah salah satu cara. Sekurang-kurangnya kata seorang rakan saya lagi, kita akan tahu,
"Oh hari ni cuti sebab Isra' Mikraj"
Kadang-kadang adakah disebabkan cuti maka baru kita akan mengingat kembali peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Kalau tidak cuti, Adakah kita akan ingat?
Selamat mengambil pengajaran bersempena Hari peristiwa Isra' dan Mikraj.
p/s: Ustazah dulu ajar, nak senang ingat bila tarikh Israk Mikraj, Ingat 'pelakon' dia. Ra untuk Rasulullah, Jim untuk Jibril dan Ba untuk Buraq. Ra Jim Ba Bunyinya Rejab. Pastu ingat 27. 27 Rejab. Ingat sampai sekarang.

Rabu, 15 Julai 2009

Terkenang: Persatuan Mahasiswa Sains

Kadang-kadang saya teringat kepada zaman saya menjadi Timbalan Presiden kepada persatuan yang terbesar di UPSI. Ini kerana bilangan ahlinya yang sangat ramai. Ketika itu saya berada di semester 6, tahun ketiga pengajian saya. Uniknya adalah ia adalah salah satu persatuan yang diterajui oleh pemimpin pro-mahasiswa selain daripada Persatuan Pendidikan Islam dan Persatuan Bahasa Arab.
Ketika saya diberi amanah untuk memegang jawatan kedua tertinggi itu, saya berazam untuk melakukan sedikit reformasi dalam kaedah kepimpinan, pembawakan persatuan serta imej persatuan itu sendiri. Saya nampak bahawa sesebuah Persatuan Universiti perlu matang dan segar dari segi peranan yang boleh dimainkan. Semestinya berbeza dari persatuan sains yang saya terajui sebagai presiden sewaktu disekolah dahulu. Saya melihat persatuan ini perlu diangkat setaraf dengan mana-mana persatuan mahasiswa yang sudah hebat dan ternama di Malaysia.
Sejak itu selain daripada membuat tugasan, fokus saya adalah bagaimana untuk membawa persatuan ini bersama-sama dengan presiden dan naib presiden. Bagi saya, setelah kali pertama pro-mahasiswa memegang tampuk pemerintahan buat kali pertama, biarlah kami bertiga menjadi asas ikutan atau 'setter' permulaan kepada kesinambungan kepimpinan seterusnya. Asas yang ingin kami letak sudah pasti adalah pembawakan persatuan.
Kami telah menambahkan nama Mahasiswa kepada persatuan sebagai langkah pertama kami. Logo juga telah kami reka semula. Kami telah memperkasakan buletin, risalah tazkirah, poster kepimpinan, sidang dewan pendidik, pengurusan mesyuarat, publisiti, kebajikan ahli serta integrasi kaum. Kami merupakan sidang pertama yang berjaya membuat lawatan rasmi ke IPTA lain. Kami juga persatuan pertama yang berjaya memperkenalkan AJK dengan posternya. Kami juga persatuan pertama memberi usul dalam sidang dewan pendidik. Kami juga telah memberikan pembaharuan dan nafas baru dalam pengendalian orientasi kepada adik-adik semester 1 yang lepas. Kurangkan hiburan dan lebihkan maklumat dan perkongsian pengalaman. Saya sendiri menjadi pengarah program orientasi ini.
Usah hairan kerana persatuan ini mula ditubuhkan pada tahun 1999. Masih muda dan menginjak usia muda sedikit demi sedikit. Namun saya serta presiden berasa puas hati setelah kami berjaya memulakan cara pembawakan persatuan yang betul di universiti kepada adik-adik. Saya berharapkan walau sudah 5 tahun, 10 tahun yang mendatang, 'setter' yang telah kami mulakan akan diguna pakain dan diinovasikan untuk kebajikan ahli Persatuan Mahasiswa Sains.
p/s: Menyimpan cita-cita untuk memegang jawatan penting dalam Persatuan Sains di universiti sejak tingkatan 5 lagi.

Rabu, 8 Julai 2009

Teman Yang Soleh

Tiada suatu pun yang lebih berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam selain teman yang soleh, apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka panggillah ia dengan bersungguh-sungguh
Umar al-Khatab
p/s: Bait ini telah dikongsikan oleh tunang saya melalui friendster. Syukran.

Sabtu, 30 Mei 2009

Mirwana-Jauh

Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih
Doaku semoga dirimu bahagia
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kitaKan terlerai akhirnya
Bersama kasih kita dan cinta
Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia kunanti tiba saatnya kitakan bersua
Doaku semoga dirimu sejahtera
Aku yang kini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kitaKan terlerai akhirnya
Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
Dirimu tak pernah kulupaTerus kunanti setia
Saat Indah kita bersama
Bersama kasih kita dan Cinta
p/s: Saya cukup suka lagu ini. Jadi saya nak berkongsi dengan yang lain. Kalau tidak silap saya lagu ini ditujukan kepada isteri-isteri atau tunang yang ditinggalkan, dipisahkan jauh kerana tugas suami diperantauan untuk menjaga tanah air.

Jumaat, 15 Mei 2009

Kenapalah banyak sangat benda-benda ini sekarang?

Saya terfikir dan terperasan dan saya tanya kepada diri saya dan sesiapa yang baca entry saya ini, kenapalah banyak sangat benda-benda ini sekarang? Semakin menjadi-jadi nampaknya.
1) Akademi Fantasia
2) Mentor
3) One in a Million
4) Oo la la
5) Bintang RTM
6) Anak Wayang
7) Pilih Kasih
8) Raja Lawak
Saya sudah naik bosan dengan program realiti seperti ini. Bagi saya sudah banyak selebriti, penyanyi, pelakon yang Malaysia sudah miliki. Kalau masuk program seperti ini pun, belum tentu lagi dapat buat album dalam keadaan ekonomi sekarang. Keluar sahaja program tenggelam terus. Yang dapat menyanyi di majlis-majlis pun sudah kira cukup baik.
Sehinggakan program ini sudah menjadi matlamat anak bangsa saya sendiri, bangsa melayu. Lepas SPM itulah matlamat anak-anak bangsa saya. Bukannya nak kejar kerjaya yang hebat tetapi populariti. Walaupun tidak semua tetapi saya rasakan banyak yang pergi uji bakat. Panjang sangat beratur. Di mana pergi minda kelas pertama? Di mana pergi towering personaliti? Golongan yang nak kejar populariti ini ke yang akan memimpin bangsa kita? Dunia hiburan nampaknya tidak selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan bangsa malaysia yang maju
Bagi saya, kurangkanlah benda-benda ni. Kesian saya tengok anak perempuan islam terkinja-kinja atas pentas. Lelaki hilang kredibiliti bila terkinja-kinja menari. Pergaulan bebas lelaki perempuan. Yang pergi konsert yang pakai tudung pun ada. Orang luar boleh cakap inilah Budaya Islam yang Malaysia canangkan sehinggakan Kuala Lumpur diiktiraf sebagai hab budaya islam sedunia.
Alahai...hedonisme...
p/s: Agaknya Yahudi dah menang perang saraf dengan kita. Salah satu 4S yang mereka perkenalkan iaitu 'Song' sudah berjaya menyerap masuk ke saraf-saraf pemuda pemudi Islam kita.
Aku pula macam mana? Dah terpengaruh ke?

Selasa, 5 Mei 2009

Semoga hubungan kita sebagai guru dan pelajar akan kekal selamanya

Kata-kata terakhir cikgu syafrul semasa diminta berucap bagi mewakili guru praktikal upsi 2009 di Seri Pengkalan pada pagi 24hb Mei, "Semoga hubungan kita sebagai guru dan pelajar akan kekal selamanya...".

Kenapa sudah lama Syafrul tidak menulis?

Soalan: Kenapa saya, Syafrul, sudah lama tidak menulis dalam blognya?
Jawapan: Syafrul sudah lama tidak menulis dalam blognya kerana:
1) Susah hendak mendapat kemudahan internet sepanjang menjawat jawatan guru praktikal di alor gajah melaka. Kalau di siber kafe sekalipun, pelajar-pelajar di sekeliling saya dan mengenali saya sebagai cikgu mereka telah menganggu gugat privasi saya untuk menaip.
2) Susah mencari masa yang terluang untuk menaip kerana beban tugas untuk menyiapkan rancangan mengajar + Bahan bantu mengajar + Soalan pengukuhan (Enhancement) + Soalan pengujian (Evaluation) untuk pelajar-pelajar saya yang dikasihi. Di tambah pula lagi dengan 14 waktu mengajar satu minggu + Bola pada waktu petang.
3) Ada idea tapi tidak tahu nak garap dalam bentuk yang bagaimana. Hal ini disusuli pula dengan fikiran asyik memikirkan apa yang nak diajar esok dan bagaimana hendak menjadikan pengajaran itu menarik dan pelajar seronok belajar dengan saya. Maka, idea itu hanya tinggal sebagai idea tanpa membuahkan sebarang hasil.
Sekian

Jumaat, 28 November 2008

Cincin Lawa

Syafrul 11.55 a.m. 28 November 2008 Cyber Cafe Pintu Timur

Sabtu, 25 Oktober 2008

Ceritera Tesisku

Tesis.Tesis. Akhirnya sementelah 10 minggu bergelumang denganmu, aku berjaya menghasilkanmu. Hanya untukmu, setelah sekian proses, dari mencari rujukan untuk menguatkan hujah-hujah kataku, dari mencari dan mengumpul entiti yang bergelar data dari anak-anak didik ku dalam makmal, dari menganalisis data tersebut sehingga menjadi satu jadual dengan menggunakan entiti yang dipatenkan dengan nama SPSS, dari mencungkil benak hujung akal panjangku untuk meluahkan idea-idea dan cadangan-cadangan nan bernas untuk diketengahkan bagi dikenal pasti oleh Dr Maria, aku berjaya juga menyiapkanmu jua dari kulit ke kulit. Akhirnya kau ku beri nama;
"Keberkesanan Berinteraksi Dalam Forum Sebagai Pembelajaran Atas Talian Secara Kolaboratif Bagi Meningkatkan Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Isu Pemanasan Global dan Kesan Rumah Hijau" Sungguh panjang dan enak sekali namamu itu. Kau tahu hanya kerana apa aku menyiapkanmu? Hanya kerana menghasilkanmu adalah sebagai satu syaratku untuk mengenggam satu ijazah. Dan kerana ijazah itu merupakan harapan kedua bonda dan ayahanda ku, merupakan harapan bakal isteriku, merupakan harapan bakal anak didik ku, aku berusaha sedaya upaya, memerah keringat bagi melihat kau berjaya lahir ke dunia. Namun, kau bukan milik mutlak ku wahai tesisku. Kau akan dimiliki oleh Fakulti tempat aku menimba ilmu, kau akan dimiliki oleh Universiti tempat aku membina kematangan, kau akan dimiliki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, badan yang akan menggajikan aku bagi aku memenuhi nafkah isteri dan anakku kelak. Kita akan berpisah jua kelak. Namun, pengalaman ku bersamamu tidak akan ku lupakan. Segala tekanan telahku curahkan untukmu. Walhal, apa yang penting adalah, ku mengkehendakimu untuk berbakti kepada generasi selepas ku. Berilah mereka segala rujukan. Berilah mereka segala ilmu. Berilah mereka segala inspirasi. Berilah mereka segala cetusan idea agar mereka juga dapat menghasilkan angkatanmu. Jangan kau lupa untuk berbaki juga kepada Dr Maria. Aku akan menjadi bangga. Biar sejagat raya tahu apabila kau diperbentangkan di mana-mana konferens atau menjadi rujukan mana-mana badan yang berniat untuk membina forum yang bermanfaat, akulah yang melahirkanmu dengan sedaya kudrat ku. Namun jika aku diberi dua pilihan, sama ada aku ingin menjadikan mu bangsa pendidikan ataupun bangsa 'content', jawabku, aku bisa mewarnaimu dengan nilai-nilai 'content', maksudku ilmu mengenai kehidupan atau latinnya 'Biologos'. Agar aku mudah terbang tinggi ke dunia sarjana ataupun doktorat, sebagai memenuhi impian ayahandaku. Tulus... Syafrul 25 Oktober 2008 4.30 p.m. Bitarasiswa

Isnin, 29 September 2008

Selamat Hari Raya

Kad Raya Yang Paling Banyak Saya Terima Dalam Comments Friendster
Di kesempatan ini saya ingin menghulurkan salam aidilfitri kepada semua sahabat yang mengenali diri saya tidak kira rapat atau pun tidak. Saya memohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki dan saya meminta dihalalkan segala ilmu dan pengalaman yang telah kita kongsi bersama sepanjang tempoh persahabatan kita. Insyaallah. Pada tahun ini saya akan menyambut aidilfitri di kampung halaman bonda saya di Kelantan iaitu di Kampung Pendek, Pasir Mas Salor, Kota Bharu setelah hampir 3 tahun tidak menyambut lebaran di sana. Saya berharap kepada semua rakan dan pelawat blog saya untuk menjaga diri di bulan syawal ini. Berhati-hati di jalan raya dan kurangkan bermain mercun serta memperbanyakan berkunjung-kunjungan.
Selamat Hari Raya Hari Yang Bahagia Selamat Hari Raya Ampun Maaf Dipinta p/s: Apela ekspresi saudara mara kat kelantan tengok saya nanti....dah 3 tahun tak balik...(",) Syafrul 29 September 2008 12.50 p.m. Home Sweet Home

Isnin, 22 September 2008

Tugas di 10 Malam Terakhir Ramadhan

Pertamanya saya ingin memanjatkan setinggi kesyukuran kepada ilahi kerana saya sudah mendapat kembali kesihatan saya untuk terus berjuang dalam bulan ramadhan ini. Saya sudah pun kembali ke kampus untuk menyelesaikan 'hutang' masa saya yang saya tinggalkan yang sepatutnya dipenuhi dengan menyiapkan tugasan yang diberi. Diam-diam kita sudah sampai pun ke 10 malam terakhir Ramadhan. Di kesempatan ini, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan para sahabat untuk kita melipatgandakan amalan, sekurang-kurangnya tidak meninggalkan solat tarawih. Minggu sebelum balik ke kampung halaman untuk berhari raya memang memenatkan. Tugas menjadi bertimbun setelah saya menghabiskan satu minggu di rumah bagi tujuan kuarantin. Tugas seperti tesis dan macroteaching harus saya selesaikan sebelum pulang bercuti. Kepenatan sepanjang bulan ramadhan bagi menyiapkan tugas-tugas ini memang mencabar saya. Saya seharusnya menjadikan tugas ini sebagai tarbiyah sebelum bergelar pendidik kelak. Syukur juga saya panjatkan atas izin Allah untuk saya pergi menjalankan latihan mengajar di Negeri Melaka. Sememangnya saya tidak pernah bermukim di negeri ini kecuali ketika bercuti bersama keluarga. Insyaallah saya akan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan dalam daerah Alor Gajah. Semoga urusan saya ke sana dan di sana dipermudahkan oleh Allah. Kepada sahabat, teruskan perjuangan ramadhan anda dan teruskan kesungguhan untuk menyiapkan tugasan anda dalam baki lebih kurang seminggu sahaja lagi ini.
Sekian Terima Kasih Syafrul 22 September 2008 4.17 p.m. HITZ Taman Universiti

Rabu, 10 September 2008

Doakan Kesihatan Saya

Semalam iaitu 9 September 2008, saya telah disahkan oleh doktor bahawa saya telah menghidapi chicken pox rentetan jangkitan daripada keluarga saya. Bermula daripada ayahanda saya, adik-adik saya dan kemudian saya. Chicken pox ini muncul setelah 3 minggu saya kembali semula ke Tg Malim setelah bercuti di rumah selama seminggu. Saya hanya menanti bila saya akan dijangkiti dan dengan kehendak ilahi, saya dijangkiti semalam. Namun, saya bersyukur kerana saya dijangkiti selepas saya selesai menjadi pengarah bagi kerja lapangan ke Teluk Senangin. Sungguh pun begitu, saya terpaksa pulang ke kampung halaman bagi tujuan kuarantin selama seminggu dengan saya meninggalkan kerja-kerja penting seperti latihan macroteaching dan tesis. Semoga urusan saya dipermudahkan. Saya mengharapkan sahabat-sahabat yang mengunjungi blog saya dan semua kenalan saya dapat mendoakan saya supaya cepat sembuh dan meneruskan urusan saya yang tidak selesai lagi. Sekian Terima Kasih.
Syafrul 12.59 p.m. 10 September 2008 Rumah 230

Khamis, 4 September 2008

Praktikum Latihan Mengajar

Akhirnya senarai yang hangat dalam kalangan pelajar biologi UPSI telah berjaya memunculkan dirinya. Teka teki ke negeri manakah kami akan pergi mencurahkan ilmu dan mempersiapkan diri untuk bergelumang dalam arena pendidikan sudah pun terjawab. Akhirnya negeri Perak, Negeri Sembilan dan Melaka telah dijadikan pilihan kepada kami semua, 259 bakal guru biologi. Mungkin saya akan memilih sekolah-sekolah di negeri sembilan. Atas sebab rakan-rakan saya yang dari Kelantan dan Kedah terlalu ramai ingin berkampung di Perak. Jadi, saya ingin me'larikan' diri ke arah selatan semenanjung. Tambahan pula negeri sembilan berdekatan juga dari kampung saya jika dibandingkan dengan utara Perak. Pada masa yang sama juga, saya memikirkan bahawa sekolah-sekolah Perak sudah biasa menerima kunjungan pelajar UPSI. Jadi saya ingin meletakkan satu fenomena yang baharu di selatan yang jarang sekali menerima pelajar UPSI. Saya amat berharap agar niat saya untuk pergi latihan mengajar tidak akan terpesong. Maksud saya, saya minta dijauhkan untuk berniat pergi ke negeri ini dan di sekolah ini kerana ia terletak berdekatan dengan mana-mana pusat peranginan dan tumpuan pelancong untuk melepaskan lelah. Saya harap dapat ditiupkan semangat dan ditanamkan niat supaya saya dapat menyumbang sesuatu dari segi akademik dan ko kurikulum di sekolah tersebut dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran saya sebagai pendidik yang baik kelak. Bagi saya latihan di UPSI dan menjadi demonstrator atau tutor di UPSI masih kurang cukup untuk menjadikan saya insan yang cemerlang. Sekolah adalah medannya. Saya mengharapkan doa dari sahabat yang membaca blog ini untuk mendoakan saya agar saya dapat menyumbang sesuatu kepada anak bangsa dan pihak sekolah semasa saya mengajar nanti. Insyaallah. Sekian Terima Kasih. p/s: Tak sabar nak pegi sekolah menagajar....(",) Syafrul 4 September 2008 12.01 p.m. NT Zone Taman Universiti

Rabu, 3 September 2008

Sebaik-baik Isteri

Ya Allah. Kurniakan daku seorang isteri yang solehah. Bila daku memandangnya, hatiku kan tenang. Amin.
Syafrul
3 September 2008
12.08 p.m.
My Zon Taman Universiti

Selasa, 2 September 2008

Selamat Menjalani Ibadah Puasa

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa atau saum dalam bulan ramadhan ini. Seperti yang kita ketahui, bul;an ramadhan ini menjanjikan seribu satu rahmat kepada seluruh umat yang beriman kepada Allah S.W.T. Sehinggakan pintu-pintu neraka itu ditutup dan pintu-pintu syurga di buka. Malaikat sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada orang-orang yang berpuasa. Nafsu kita turut dapat ditawan sepanjang bulan ini. Biarlah malam yang lebih baik dari seribu bulan menjadi matlamat kita bagi tahun ini. Insyaallah.
Saya berpesan kepada diri saya serta sahabat-sahabat agar mengambil peluang ini untuk meningkatkan amalan seterusnya menjadikannya sebagai satu amalan yang ada istiqamahnya pada bulan-bulan yang mendatang. Selamat Menjalani Ibadah Puasa, Bersahur dan Bertarawikh dan Bertadarus. p/s: Tiap2 hari berbuka kat masjid. Saya doakan kesejahteraan orang yang masak juadah berbuka untuk saya dunia akhirat. Amin.... (",)
Syafrul 2 September 2008 10.41 a.m. My Zon Taman Universiti