Memaparkan catatan dengan label Perutusan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perutusan. Papar semua catatan

Khamis, 17 Disember 2009

Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah



"Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya setiap amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang BERHIJRAH kepada Allah dan RasulNya, maka HIJRAHNYA itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang BERHIJRAH kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka HIJRAHNYA itu adalah atas apa yang ia BERHIJRAH kerananya."

Semoga kita bersama dapat membuka lembaran baru  dan menulis di atasnya dengan tinta-tinta semangat dan pengalaman Hijrah yang hakiki, segar dan positif agar kepada Allah dan RasulNya penamat legasi diari cerita kehidupan kita.

Selamat Menyambut Tahun Baharu Maal Hijrah.

p/s: Apakah yang saudara dan saudari ingin tuliskan dalam lembaran tahunan yang baru?



Syabas Pasukan Bola Sepak Negara



Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya membawa pulang pingat emas dalam temasya sukan SEA pada hari ini. Maka, penantian seluruh rakyat Malaysia selama 20 tahun akhirnya terjawab dengan kesungguhan yang ditunjukkan. Sesungguhnya saudara semua menunjukkan corak permainan yang kita semua harapkan selama ini. Anda membuktikan lagu negaraku yang tercinta dapat didendangkan.

Terima Kasih kerana mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia seluruhnya terhadap sukan bola sepak. Semoga dengan pingat ini, pasukan Malaysia akan terus melakar kejayaan demi kejayaan pada masa akan datang. Doa saya sentiasa bersama anda.

p/s: Majulah Sukan Untuk Negara. Malaysia Boleh!



Isnin, 10 Ogos 2009

Latihan Mengajar Tunang Saya

Insya Allah tunang saya akan menjalani Latihan Mengajar pada Januari 2010 di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Selangor. Menurutnya, sekolah ini merupakan sekolah berasrama penuh dan membudayakan sekolah bestari dalam kalangan anggotanya.
Bagi saya tugas mengajar mereka tidaklah sukar. Disiplin pelajar-pelajar berasrama penuh adalah baik. Mereka juga mudah faham apa yang guru ajar dan sentiasa menyiapkan tugasan yang diberi. Cuma budaya kerja tenaga pengajarnya yang lebih dari guru sekolah harian. Baik dari segi pengurusan, akademik dan ko kurikulum. Semuanya kena usaha lebih daripada sekolah harian biasa.
Saya doakan beliau akan dapat pengalaman yang berharga untuk digunakan 35 tahun akan datang sebagai seorang pendidik.
Doakan juga beliau bagi pihak saya.
p/s: Semoga semua urusan dipermudahkan. Amin.

Rabu, 22 Julai 2009

Salam Takziah kepada Ibu Yeen

Pagi tadi pada jam 8.30 pagi tadi saya dikejutkan oleh adik perempuan saya mengenai pemergian ibu kepada kawan baiknya sejak alam persekolahan lagi. Keluarga kami agak rapat dengan keluarga mereka. Lagi pun arwah ibunya merupakan orang kelantan sama dengan ibu saya. Jadi mereka berdua amat rapat. Saya juga pernah berbual dengan arwah. Bagi saya arwah adalah seorang ibu yang sangat ceria dan 'energetic' dan tiada tanda-tanda apa penyakit pun secara zahirnya.
Saya bertanya kepada saya sebab kematian arwah. Adik saya memberitahu beliau tiba-tiba jatuh pengsan dan terus menghembuskan nafas yang terakhir. Alangkah cepatnya Malaikat mencabut nyawanya. Saya jadi diam seketika. Baru beberapa hari lepas saya bertentang mata dan berbual dengan beliau. Kalau sudah maut, tiada siapa boleh elak hatta dalam kubu bawah tanah sekalipun.
Lantas saya berfikir, kalau itu berlaku juga kepada ibu dan ayah saya. Saya jadi sebak dan takut. Bagaimana jika saya ditempat Yeen. Minta dijauhkan ya Tuhan.
p/s: al-Fatihah....ingatlah mati duhai hati

Jumaat, 29 Mei 2009

Salam Takziah kepada Dalila Hasinah

Hari ini saya diberitakan bahawa seorang rakan sekuliah saya di Universiti iaitu Dalila hasinah menghidap leukimia. Walaupun saya tidak rapat dengan beliau namun keperitan yang beliau alami perlu saya kongsi bersama. Diberitakan juga beliau tidak dapat meneruskan praktikal di sekolah.
Sekali lagi saya mengucapkan salam takziah kepada beliau. Semoga beliau tabah menghadapi ujian Allah ini.
p/s: Terima Kasih kepada usaha tiga orang rakan yang sudi membantu meringankan bebas Dalila dengan mengusahakan kutipan dalam bentuk derma ikhlas.