Sabtu, 14 Jun 2008

Program Sireh Pulang Ke Gagang Kolej Matrikulasi Perak

Mengikut perancangan, pihak alumni Kolej Matrikulasi Perak akan mengadakan Program Sireh Pulang Ke Gagang pada 20-22 Jun 2008. Seperti biasa, saya tidak dapat memenuhi tuntutan untuk menghadirkan diri pada tarikh tersebut kerana sibuk menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (R.O.S) di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat meskipun saya dahulu merupakan wakil universiti saya untuk alumni ini dan terlibat secara langsung dalam menjayakan penubuhan alumni secara rasmi pada julai 2006 merangkap AJK untuk Program Sireh Pulang Ke Gagang pada tahun tersebut. Namun Insyaallah pada tahun akan datang saya akan cuba mencari sedikit kelapangan masa dan wang ringgit untuk bersama menjayakan program ini. Saya mengucapkan selamat berjaya kepada AJK yang terlibat dalam program ini. Sumbangan saya hanya sekadar menyelitkan banner program sebagai sebahagian daripada publisiti dalam blog saya ini. Sekian. Terima Kasih. Syafrul Mantan Wakil UPSI Alumni KMPK 2005/2006 14 Jun 2008 11.25 p.m.

Tiada ulasan: