Ahad, 3 Ogos 2008

Asif. Tiada 'Entry' Terbaru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pertamanya saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan yang mengenali atau tidak mengenali saya atas kesudian untuk melawat blog saya yang masih banyak kekurangan ini. Sokongan daripada anda amat saya harapkan demi meneruskan kecintaan menyebarkan ilmu dan mengongsikan pengalaman yang masih lagi cetek tahapnya. Kedua, saya ingin memohon maaf sekiranya saya sudah lama tidak memasukkan 'entry' yang baharu. Saya akui dengan kesibukan saya selama 4 minggu pertama sesi 2008/2009 ini sedikit sebanyak membantaskan ruang masa saya untuk terus menaip rumi dalam blog ini. Insyaallah saya akan memasukkan 'entry' yang terbaru pada masa terdekat sebagai perkongsian bersama.
Sekian. Terima Kasih.
Syafrul
3 Ogos 2008
5.57 p.m.
NT Zone
Taman Universiti

Tiada ulasan: