Akhirnya senarai yang hangat dalam kalangan pelajar biologi UPSI telah berjaya memunculkan dirinya. Teka teki ke negeri manakah kami akan pergi mencurahkan ilmu dan mempersiapkan diri untuk bergelumang dalam arena pendidikan sudah pun terjawab. Akhirnya negeri Perak, Negeri Sembilan dan Melaka telah dijadikan pilihan kepada kami semua, 259 bakal guru biologi.
Mungkin saya akan memilih sekolah-sekolah di negeri sembilan. Atas sebab rakan-rakan saya yang dari Kelantan dan Kedah terlalu ramai ingin berkampung di Perak. Jadi, saya ingin me'larikan' diri ke arah selatan semenanjung. Tambahan pula negeri sembilan berdekatan juga dari kampung saya jika dibandingkan dengan utara Perak. Pada masa yang sama juga, saya memikirkan bahawa sekolah-sekolah Perak sudah biasa menerima kunjungan pelajar UPSI. Jadi saya ingin meletakkan satu fenomena yang baharu di selatan yang jarang sekali menerima pelajar UPSI.
Saya amat berharap agar niat saya untuk pergi latihan mengajar tidak akan terpesong. Maksud saya, saya minta dijauhkan untuk berniat pergi ke negeri ini dan di sekolah ini kerana ia terletak berdekatan dengan mana-mana pusat peranginan dan tumpuan pelancong untuk melepaskan lelah. Saya harap dapat ditiupkan semangat dan ditanamkan niat supaya saya dapat menyumbang sesuatu dari segi akademik dan ko kurikulum di sekolah tersebut dan pada masa yang sama dapat meningkatkan kemahiran saya sebagai pendidik yang baik kelak. Bagi saya latihan di UPSI dan menjadi demonstrator atau tutor di UPSI masih kurang cukup untuk menjadikan saya insan yang cemerlang. Sekolah adalah medannya.
Saya mengharapkan doa dari sahabat yang membaca blog ini untuk mendoakan saya agar saya dapat menyumbang sesuatu kepada anak bangsa dan pihak sekolah semasa saya mengajar nanti. Insyaallah.
Sekian Terima Kasih.
p/s: Tak sabar nak pegi sekolah menagajar....(",)
Syafrul
4 September 2008
12.01 p.m.
NT Zone Taman Universiti
Khamis, 4 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan