Tesis.Tesis. Akhirnya sementelah 10 minggu bergelumang denganmu, aku berjaya menghasilkanmu. Hanya untukmu, setelah sekian proses, dari mencari rujukan untuk menguatkan hujah-hujah kataku, dari mencari dan mengumpul entiti yang bergelar data dari anak-anak didik ku dalam makmal, dari menganalisis data tersebut sehingga menjadi satu jadual dengan menggunakan entiti yang dipatenkan dengan nama SPSS, dari mencungkil benak hujung akal panjangku untuk meluahkan idea-idea dan cadangan-cadangan nan bernas untuk diketengahkan bagi dikenal pasti oleh Dr Maria, aku berjaya juga menyiapkanmu jua dari kulit ke kulit. Akhirnya kau ku beri nama;
"Keberkesanan Berinteraksi Dalam Forum Sebagai Pembelajaran Atas Talian Secara Kolaboratif Bagi Meningkatkan Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Isu Pemanasan Global dan Kesan Rumah Hijau"
Sungguh panjang dan enak sekali namamu itu. Kau tahu hanya kerana apa aku menyiapkanmu? Hanya kerana menghasilkanmu adalah sebagai satu syaratku untuk mengenggam satu ijazah. Dan kerana ijazah itu merupakan harapan kedua bonda dan ayahanda ku, merupakan harapan bakal isteriku, merupakan harapan bakal anak didik ku, aku berusaha sedaya upaya, memerah keringat bagi melihat kau berjaya lahir ke dunia.
Namun, kau bukan milik mutlak ku wahai tesisku. Kau akan dimiliki oleh Fakulti tempat aku menimba ilmu, kau akan dimiliki oleh Universiti tempat aku membina kematangan, kau akan dimiliki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, badan yang akan menggajikan aku bagi aku memenuhi nafkah isteri dan anakku kelak. Kita akan berpisah jua kelak. Namun, pengalaman ku bersamamu tidak akan ku lupakan. Segala tekanan telahku curahkan untukmu.
Walhal, apa yang penting adalah, ku mengkehendakimu untuk berbakti kepada generasi selepas ku. Berilah mereka segala rujukan. Berilah mereka segala ilmu. Berilah mereka segala inspirasi. Berilah mereka segala cetusan idea agar mereka juga dapat menghasilkan angkatanmu. Jangan kau lupa untuk berbaki juga kepada Dr Maria. Aku akan menjadi bangga. Biar sejagat raya tahu apabila kau diperbentangkan di mana-mana konferens atau menjadi rujukan mana-mana badan yang berniat untuk membina forum yang bermanfaat, akulah yang melahirkanmu dengan sedaya kudrat ku.
Namun jika aku diberi dua pilihan, sama ada aku ingin menjadikan mu bangsa pendidikan ataupun bangsa 'content', jawabku, aku bisa mewarnaimu dengan nilai-nilai 'content', maksudku ilmu mengenai kehidupan atau latinnya 'Biologos'. Agar aku mudah terbang tinggi ke dunia sarjana ataupun doktorat, sebagai memenuhi impian ayahandaku.
Tulus...
Syafrul
25 Oktober 2008
4.30 p.m.
Bitarasiswa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan