Baru-baru ini Tan Sri Muhyidin Yassin mengumumkan hanya 10 subjek sahaja yang boleh diambil oleh pelajar yang mengambil SPM pada tahun 2010. Had subjek ini telah diambil kira setelah melihat bertahun-tahun pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Agama melahirkan pelajar yang berbelas-belas A hingga ada 20 A berjaya dilahirkan sedangkan pelajar SBP dan MRSM dihadkan sehingga 10 subjek sahaja. SBP dan MRSM dihadkan pengambilan subjek kerana ingin mengekalkan prestasi sekolah dari segi peratusannya. Hal ini mengundang ketidak adilan kepada pelajar SBP dan MRSM. Maka pengehad ini diwujudkan supaya peluang sama rata diberikan.
Baik, bayangkan jika sekarang saya bawa pengehadan ini seawal tahun 2003 dahulu iaitu tahun saya menempuh SPM. Dahulu saya mengambil 11 subjek kerana saya aliran Sains Agama. Subjek yang saya ambil adalah:
1) Bahasa Melayu
2) Bahasa Inggeris
3 Bahasa Arab Tinggi
4) Sejarah
5) Matematik
6) Matematik Tambahan
7) Biologi
8) Fizik
9) Kimia
10)Pendidikan Quran dan As Sunnah
11)Pendidikan Syariah Islamiyah
Jadi subjek yang mana patut saya gugurkan untuk menjadikan 10 subjek sahaja kalau angka itu dijadikan sebagai faktor pengehad? Bahasa? Matematik? Sains? Agama? Saya pun akan berada di dalam keadaan dilema
Hal yang ingin saya bawa ke sini adalah ketidak adilan kepada adik-adik ataupun bakal anak-anak didik saya yang akan mengambil Sains Agama seperti saya. Subjek apa yang akan mereka gugurkan? Kalau hendak mengikut keutamaan, nescaya subjek agama itu akan digugurkan kerana subjek lain adalah kemestian untuk meneruskan pengajian di Universiti. Tambahan pula sekarang sepengetahuan saya adik-adik ini mengambil EST. Maka ada dua subjek yang akan dikorbankan. Maka ke mana identiti dan jati diri sebagai pelajar aliran Sains agama ini akan pergi? Sains + Agama ini membezakan saya dengan kebanyakan rakan yang lain di Universiti. Kalau ada subjek agama yang dikorbankan...?Aliran Sains Agama ini telah membesarkan saya, tunang saya serta rakan-rakan sekolah saya dahulu.
Saya mengharapkan kerajaan dapat memberikan kelonggaran kepada pelajar sekolah agama untuk mengambil 12 subjek untuk SPM nanti agar identiti Sekolah Agama Menengah itu dapat dikekalkan dan bukan di'lenyap'kan dengan cara yang sangat halus.
p/s: Kenapa lepas Nik Nur Madihah yang Sekolah Menengah Agama tu dapat 20A baru had ini dikeluarkan? Hmmmm.......
2 ulasan:
Assalamualaikum. Syafrul, saya setuju dengan kamu. Saya juga ada menulis di blog saya mengenai 'Bila subjek SPM dihadkan'. Sesuatu dasar perlu diakaji dengan benar2 lumat, jangan kelak menjadi seperti isu PPMSI...
Bagusla Muhyidin (Bos Besar saya) dah hadkan smp 12. Kesian kat budak sek agama.
Catat Ulasan