Isnin, 14 Disember 2009

Waja Lancer 2010

Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Proton Holdings Berhad akan memperkenalkan model Waja yang baharu menggantikan waja yang ada di jalan raya sekarang. Model yang akan digunakan Proton bagi menggantikan Waja ini akan menampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbanding model Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran. Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter, komponen dalaman menggunakan produk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lain yang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdaya saing.

         

                                      ~ Waja Lama ~                                      ~ Mitsubishi Lancer 2.0 ~




                                                                          ~ Waja 2010 ? ~

Harga yang ditawarkan adalah RM 80,00 sebagai perkenalan.

Penulis sedang menunggu kemunculan kereta ini sejak khabar angin mula tersebar. Setelah selesai meneliti dan membaca artikel mengenai pandu uji kereta ini, mungkin penulis akan tergerak hati untuk memiliki kereta ini kelak. Namun, penulis tidak pasti bilakah masa yang sesuai boleh memilikinya. Bagi penulis tidak rugi untuk menunggu dan mengumpul dana untuk memilik kereta sedan 1.8L dengan harga tersebut disamping menunjukkan rasa patriotik dengan memacu ekonomi negara. Lagi pun, kereta ini lebih sesuai  dimiliki apabila sudah berkeluarga kelak. Lupakan dahulu MyVi, Vios, City dan yang seangkatan dengannya.

Saya mengharapkan yang terbaik untuk proton.

p/s: Sering memandu kereta proton waja milik bapa. Selesa untuk perjalan jauh dan agak mengalami pemanduan sebenar.





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku ada dengar gak pasal ni. Waja aku suka sebab bodynya kuat. Baik untuk keselamatan.

Tapi designnya agak kurang menarik melainkan waja canselor. Harapnya waja lancer ni agak sportylah.

Kena kumpul duit beli nih...hehe..

Buat masa ni guna wira ayah dulu. Cadang nak beli Savvy. Tapi kalau waja lebih berbaloi, kenapa tidak?

hsyafeart berkata...

ya...kena pandai kumpul duit...