Isnin, 9 Jun 2008

Pemergian Seorang Teman

Pagi tadi, 9 Julai 2008 saya dikejutkan dengan berita pemergian seorang teman yang saya kenali di kampus pengajian saya. Beliau yang dimaksudkan ialah Suhaimi Yusof, sama semester dengan saya cuma major tidak sama dengan saya. Diberitakan bahawa beliau kembali ke rahmatullah semasa dalam tidur. Semasa beliau masih hidup, beliau merupakan seorang yang aktif dalam organisasi serta aktif dalam nasyid. Beliau sering menjadi imam kerana bacaan dan lantunan ayat suci al Quran yang sedap di dengar. Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. Amin. Duhai hati, ingatlah maut boleh datang bila-bila masa sahaja. Syafrul 9 Julai 2008 11.28 a.m.

Tiada ulasan: