Isu pendidikan seks ini mula hangat dibicarakan apabila kejadian rogol, zina dan sumbang mahram menjadi wadah utama di dada akhbar dan sentiasa jadi modal perdebatan, pembentangan usul dan perubahan akta dalam parlimen. Tidak cukup dengan itu, penyebaran virus AIDS semakin meluas sekarang akibat daripada industri pelacuran dan rumah-rumah urut yang bercambah di mana-mana sahaja ditambah lagi dengan penagih-penagih dadah yang tegar di lorong-lorong gelap dan di bawah jambatan-jambatan. Maka kerajaan Malaysia telah mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Cadangan daripada kementerian kesihatan tidak lama dahulu, salah satu daripada jalan penyelesaian tersebut adalah dengan pemberian kondom secara percuma di samping memberi suntikan percuma. Akan tetapi, pada pendapat saya, pemberian kondom secara percuma ini akan menggalakkan lagi industri pelacuran andaikata ia tidak digunakan oleh pasangan-pasngan yang telah berkahwin secara sah. Secara logiknya, modal industri ini akan berkurangan kerana pembelian kondom akan diketepikan dalam belanjawan mereka dan tidak mustahil ia akan menjadi salah satu daripada belanjawan negara. Maka dengan itu, pendidikan adalah satu daripada jalan penyelesaian kepada masalah di atas iaitu melalui pendidikan seks di sekolah. Sehinggakan ada cadangan dari kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Menterinya. Ng Yen Yen untuk menerapkan pendidikan seks dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Pendidikan seks ini merupakan satu wadah alternatif bagi ibu bapa yang malu untuk mengajar kepada anak mereka tentang seks. Sudah menjadi resmi masyarakat timur untuk tidak memperkatakan tentang seks kepada anak-anak mereka. Pada pendapat mereka Pendidikan seks ini adalah tidak baik dan lucah. Sehingga tercetus implikasi di negara-negara yang mundur, seperti di pedalaman benua Afrika, mereka tidak tahu bagaimana dan dari mana bayi itu muncul di dalam rahim ibu dan bagaimana seseorang wanita itu boleh mengandung. Mereka beranggapan bayi tersebut adalah kurniaan dari langit. Ada juga sesetengah wanita yang tidak tahu mengapa mereka mempunyai kitar haidh dan bagaimana untuk mengira kitaran ini. Malahan ada juga lelaki dan wanita yang tidak tahu cara untuk menjaga alat sulit mereka. Maksud saya dari segi kebersihan. Tidak ketinggalan juga mereka tidak mengetahui perubahan fizikal dan emosi mereka. Maka dengan itu, pendidikan seks diwujudkan khas untuk mengajar pelajar tentang perkara-perkara di atas. Maka dengan itu, pendidikan seks bukan mengajar anak-anak bagaimana teknik-teknik untuk melakukan seks yang sebetulnya atau menggunakan VCD lucah sebagai alat bantu mengajar di dalam kelas. Pendidikan seks dapat memberitahu pelajar tentang bahaya melakukan seks di luar nikah atau seks bebas. Seperti yang kita ketahui, seks luar nikah dan seks bebas ini akan mendedahkan kita dengan penyakit AIDS dan penyakit kelamin yang lain. Saya setuju dengan cadangan yang telah digariskan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum bahawa pendidikan seks ini merupakan satu kurikulum nilai tambah dan bukannya suatu subjek. Maksudnya, Pendidikan seks ini akan diserapkan di dalam pelajaran Bahasa, Sains dan Biologi. Misalnya di dalam subjek Bahasa Melayu, Guru boleh menyuruh pelajar untuk membuat karangan yang bertajuk Keburukan Seks Bebas. Dalam subjek Biologi pula guru boleh mengajar pelajar tentang bagaimana seseorang wanita mengandung, perubahan-perubahan fizikal, kitar haidh dan lain-lain lagi. Adalah diharapkan dengan wujudnya pendidikan seks ini dapat memberi sedikit gambaran kepada pelajar untuk lebih mengenali diri sendiri dan dapat memberi pedoman kepada lelaki dan wanita terutamanya untuk menjaga maruah dan harga diri mereka daripada terjebak dalam seks bebas.
Namun begitu agama adalah sangat penting sebagai kawalan untuk subjek ini. Dalam agama Islam dan di dalam al-Quran sendiri telah mengajar kita tentang seks. Allah telah menggarapkan beberapa ayat yang berkaitan dengan kitaran hidup manusia iaitu seperti di dalam surah al-Mu’minun ayat 13 dan 14, Kemudian Kami menjadikan saripati tanah itu nuftah yang tersimpan di dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian Kami jadikan ‘alaqah, dari itu kami jadikan seketul mudghah, kemudian dijadikan tulang, seterusnya Kami jadikan suatu bentuk lain (Jasad dan Roh). Hadith Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari, Sesungguhnya seseorang kamu dihimpun dalam perut (rahim) ibunya selama 40 hari. Kemudian menjadi bentuk ‘alaqah seumpama itu. Kemudian menjadi mudghah seumpama itu. Selepas itu diutuskan malaikat untuk meniupkan roh dan menulis empat perkara iaitu rezeki, ajal, amal dan nasib baik atau buruk.
Islam juga telah mencegah salah laku seks seperti rogol, sumbang mahram serta zina yang ternyata berkesan jika diamalkan dengan keyakinan dan iman yang mantap. Allah berfirman dalam surah al-Isra’ ayat 31 yang bermaksud Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah satu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. Bagaimanakah cara untuk tidak mendekati zina? Allah S.W.T telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 30 yang bermaksud, Katakanlah kepada lelaki-lelaki yang beriman supaya menahan sebahagian penglihatan dan menjaga kehormatanya. Dalam ayat 31 pula Allah S.W.T telah berfirman, Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka menahan sebahagian penglihatan mereka dan memelihara kehormatannya. Jelaslah disini bahawa lelaki dan perempuan hendaklah menahan pandangan mereka daripada perkara-perkara yang dapat membangkit kan nafsu. Allah S.W.T telah mensyariatkan supaya lelaki dan lebih-lebih perempuan untuk menutup aurat supaya dapat menjaga kehormatan mereka. Dalam surah an-Nur ayat 32 Allah berfirman supaya tidak memperlihatkan perhiasan iaitu tubuh wanita kecuali yang nyata seperti muka dan kedua-dua tapak tangan serta melabuhkan kerudung mereka sehingga menutup leher dan dada mereka. Dalam surah al-Ahzab ayat 59 Allah telah berfirman, Wahai nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak engkau dan perempuan-perempuan beriman supaya mereka menutup tubuhnya dengan pakaian( ketika di luar) dengan demikian mereka tidak akan diganggu, dan Allah itu Maha pengampun dan Maha penyayang. Dalam sura an-Nur ayat 58 pula, Allah S.W.T telah menetapkan untuk meminta izin kepada ahli keluarga untuk memasuki bilik mereka pada 3 waktu iaitu sebelum solat subuh, waktu zuhur dan selepas isya’. Hal ini adalah kerana pada waktu ini ahli keluarga kita akan menukar pakaian untuk berehat dan hal ini dapat mengelakkan sumbang mahram di dalam keluarga.
Rasulullah juga menyuruh umatnya untuk mengasingkan anak-anak mereka semasa tidur ketika umur mencecah 7 tahun. Rasulullah juga mengingatkan kita untuk tidak berdua-duaan antara lelaki dan perempuan kerana akan hadir orang ketiga iaitu Syaitan dan syaitan sememangnya akan menggoda 2 manusia ini untuk melakukan zina. Sememangnya sudah menjadi kerja syaitan untuk memberikan pemandangan cantik seorang wanita di mata lelaki supaya lelaki itu tergoda dan membangkitkan nafsu lelaki tersebut. Islam tegas dalam mencegah kejadian zina ini daripada berlarutan. Firman Allah S.W.T di dalam surah an-Nur ayat 2 yang bermaksud Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina maka pukulah mereka setiap seorang dari keduanya seratus kali pukulan dan janganlah belas kasihan kepada keduanya daripada mencegah kamu untuk menjalankan agama Allah jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah perlaksanaan hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan orang yang beriman. Sekiranya hukuman ini dilaksanakan di khalayak ramai maka tidak akan ada seorang pun yang berani untuk melakukan perkara seumpama ini. Lagipun pukulan seratus kali dibahagian sum-sum tulang akan merangsang penghasilan sel darah putih yang banyak seterusnya virus HIV akan terhapus dalam badan.
Kesimpulannya agama Islam juga telah mengajarkan sedikit sebanyak tentang seks dengan cara yang lebih sopan dan cara pencegahanya yang efektif seterusnya sebagai komplementari kepada Pendidikan Seks baik di sekolah mahupun di kem latihan PLKN.
Hasrat di hati ingin sama-sama kongsi untuk cetus fikir. Terima Kasih kerana sudi membaca.
Syafrul
12 Jun 2008
12.50 a.m.
1 ulasan:
Pendidikan di Indonesia sekarang mengalami permasalahan yang tidak kunjung selsesai mulai dari permasalahan guru yang tidak sejahterah, siswa/pelajar miskin yang tidak bisa sekolah, sarana dan prasarana yang rusak dan tidak layak.
butuh perjuangan dari kita semua.
http://pendidikan.infogue.com/sekitar_pelaksanaan_pendidikan_seks_di_sekolah_dan_kem_latihan_plkn
Catat Ulasan