Jumaat, 8 Ogos 2008

Takziah Kepada Ahmad Nizam

Di kesempatan ini saya ingin menghulurkan takziah kepada sahabat saya, yang tinggal serumah sewa bersama saya di tg. malim, ahmad nizam atas kehilangan basikal kesayangan beliau. Mungkin bagi sesetengah pihak merasakan ia hanyalah sebuah basikal semata-mata, namun pada kacamata saya, basikal beliau merupakan 'sahabat' beliau. Dengan basikal itulah beliau ke mencari ilmu di kuliah, menghadiri kelas amali, pergi ke kedai membeli bahan makanan dan keperluan dan pelbagai lagi aktiviti yang memerlukan beliau bergerak ke satu tempat ke satu tempat yang lain. Tanpa basikal tersebut, saya dapat rasakan ada sedikit kepincangan dari segi aktiviti seharian beliau yang memerlukan banyak pergerakan ke sana ke mari. Saya mendoakan orang yang mencuri atau mengambil basikal beliau untuk dibukakan hati untuk memulangkan kembali basikal tersebut kerana sahabat saya sangat menyayangi dan memerlukan basikal tersebut. Saya mengharapkan beliau dapat bersabar menghadapi ujian Allah ini. Sekian. Terima Kasih. Syukran Jazilan. Syafrul 8 Ogos 2008 10.13 p.m. NT Zone Taman Universiti

Tiada ulasan: