Jumaat, 14 Ogos 2009

Terima Kasih Untuk Ijazah Ini

Terima Kasih Ya Rab Izzati atas keizinan yang diberikan...Ijazah ini untuk Agama Mu
Terima Kasih Islam...Ijazah ini sebagai tanda sempurnya Fardu Kifayahku
Terima Kasih Mama kerana melahirkan dan membesarkan...Ijazah ini sebagai hadiah untukmu
Terima Kasih Papa kerana didikan dan rotan...Ijazah ini sebagai penghargaan buatmu
Terima Kasih Adik-adikku kerana sudi menemani hidup...Ijazah ini sebagai pembakar semangat
Terima Kasih Guru-guruku kerana halalkan ilmu...Ijazah ini sebagai tanda anakmu berjaya
Terima Kasih Bangsa Melayuku...Ijazah ini sebagai tiket untuk membina aspirasi kita
Terima Kasih Saudara Sepupu kerana kehadiran dalam hidup...Ijazah ini sebagai bukti segalanya
Terima Kasih Sahabat dari kecil hingga sekarang...Ijazah ini sebagai tanda persamaan kita
Terima Kasih Tunang tersayang...Ijazah ini sebagai semangat untuk menjadi bakal suami mithali
Terima Kasih Untuk Ijazah Ini

Tiada ulasan: