Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan siri kejadian sejadah berdiri dengan sendiri. sejadah ini digambarkan seperti orang yang sedang bersujud, rukuk dan qiyam. Barisannya juga seperti satu jemaah yang bersolat terdiri daripada imam dan makmumnya. Kejadian ini dikatakan sebagai salah satu petunjuk keajaiban ciptaan Tuhan.
Kita juga sering mendengar dan melihat beberapa lagi petunjuk keajaiban Tuhan. Contohnya tertulis kalimah "Allah" di langit, pokok atau haiwan. Contoh yang lain adalah kejadian yang luar biasa seperti lembu berkepala dua, pokok kelapa yang bercabang dan lain-lain lagi.
Kita juga sering mendengar dan melihat beberapa lagi petunjuk keajaiban Tuhan. Contohnya tertulis kalimah "Allah" di langit, pokok atau haiwan. Contoh yang lain adalah kejadian yang luar biasa seperti lembu berkepala dua, pokok kelapa yang bercabang dan lain-lain lagi.
Hakikat sebenar yang ingin saya kongsi adalah, Allah ingin menunjukkan kuasanya sehingga ke kaedah ini. Perlu menunjukkannya tanpa manusia perlu berfikir dan menafsir. Hanya perlu melihat sahaja kalimah-kalimah ini maka barulah terbit di hati manusia rasa takjub. Pada hal kuasa dan keajaiban ciptaan Allah itu sebenarnya ada di mana-mana sahaja. Sedang diri kita tubuh kita sebagai seorang manusia itu juga penuh dengan keajaiban. Sekalin lagi, kepada sesiapa ingin berfikir.
Saya ingin memberi satu contoh, seorang murid bertanya kepada gurunya, apakah maksud 'god' dalam bahasa melayu. Guru itu boleh sahaja terus menjawab 'tuhan'. Guru itu juga boleh menyuruh anak muridnya mencari di dalam kamus dwibahasa. Guru itu juga boleh menyuruh anak muridnya mencari di dalam laman sesawang. Namun, ada satu cara yang mungkin lebih efektif bagi murid itu mengingati maksud 'god' sampai bila-bila. Anda sudah pasti tahu yang mana. Ilmu yang sukar untuk didapati itu lebih tinggi kesannya.
Sama juga dengan ciptaan tuhan. Ada beza sekiranya kita hanya melihat kalimah tuhan di pokok dan di daun-daun dengan kita mendalami pokok tersebut. Anatomi dan fisiologinya. Bagaimana pokok boleh makan tapi pokok tidak boleh bergerak?. Bagaimana pokok bernafas? . Mengapa pokok berwarna hijau?. Percayalah sekiranya kita mendalami sedalam-dalamnya kejadian Allah yang satu ini, kita akan rasa takjub dan kerdil. Bukan tunjuk kalimah 'Allah' baru nak rasa takjub.
Tidaklah saya memperlekehkan apa yang Allah ingin tunjukkan dari kalimah-kalimahnya. Tetapi kita harus sedar bahawa mengapa Allah tunjuk keajaiban kalimahnya di mana-mana sahaja baru nak timbul rasa takjub. Tak kan lah tengok sejadah berdiri baru rasa takjub. Semacam Allah bagi kita jalan yang paling mudah untuk ingat Dia kembali padahal dah macam-macam petunjuk Dia betangkan di hadapan kita. Tuhan seakan-akan 'memperli' kita agar kita kembali merenung ciptaanya. Petunjuk-petunjuk ini jika kita fikir lebih dalam, rasa takjub itu pasti lebih.
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. (iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."
(Surah al-Imran: 190-191)
p/s: Cikgu-cikgu Sains dah cerita keajaiban ciptaan Allah kepada murid-murid?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan