Kadang-kadang saya terfikir, salahkah saya mahu melakukan semua kerja dan tugas saya di sekolah pada tahap yang terbaik yang mampu saya lakukan. Semuanya hanya mahu memuaskan hati sendiri dan memang cara saya bekerja macam itu.
Perkataan seperti ini sudah kedengaran menerjah masuk ke telinga saya:
"Ketua rumah kuning jangan semangat sangat ye!!!"
"Relaksla Syafrul. Jangan Semangat sangat"
"Semangat betul kau ni. Tahun pertamalah katakan..."
"Tengok si syafrul tu, rajin betul. Bakal dapat APC tahun ni la tu"
"Rajin betul tanda buku, siap ada cop sendiri lagi..."
"Lawa betul tulisan kau dalam RM ni, berkaler-kaler"
Mungkin saya sudah terbiasa ingin melakukan yang terbaik dan sempurna dalam setiap tugasan saya. Bagi saya semua kepuasan terletak di situ.Mungkin juga saya terlebih baca buku motivasi pada hari minggu.
Saya selalu bertanya kepada diri sendiri, kebanyakan orang-orang yang berjaya ini selalu membuat kerja diluar kebiasaan. Bukankah begitu?. Kebanyakan orang yang berjawatan tinggi memang sempurna dari segi pengurusan kerja-kerjanya. Bukankah begitu?. Orang-orang yang berjaya ini memang rajin dan semangat semasa bekerja. Bukankah begitu? Guru-guru merupakan golongan yang mulia. Bukankah begitu? Itu yang saya baca dalam buku dan amati sendiri keadaan sekeliling.
Jadi, salah kah saya untuk menjadi seorang yang berjaya? Paling tidak untuk diri sendiri dan ingin menunaikan amanah bonda dan ayahanda untuk bekerja bersungguh-sungguh sebagai seorang guru.
Sering kali saya berfikir, adakah perkataan-perkataan di atas suatu hari nanti akan mengurangkan produktiviti kerja saya? Adakah lama kelamaan saya akan termakan dengan ungkapan di atas dan mula culas dan lewa dalam amanah-amanah yang diberikan kepada saya? dan adakah disebabkan ini bangsa Melayu Islam saya tidak boleh maju ke hadapan? Di tekan dengan perkataan-perkataan negatif. Bagaimana hendak menjawab soalan Allah di padang masyar kelak? Bagaimana keberkatan rezeki saya yang akan dikongsi bersama isteri dan anak-anak?
Saya teringat pesanan Saidina Ali bahawa kita sebagai pemimpin perlu memimpin diri sendiri dahulu barulah memimpin orang lain. Saya suka melihat pelajar saya rajin dan kemas dalam pengurusan nota dan latihan mereka. Jadi, saya sebagai guru mereka hendaklah melakukan perkara itu dahulu, memastikan segala kerja saya dalam kondisi yang terbaik dan mantap. Maka barulah pelajar saya dapat menuruti dengan izin dari-Nya.
Saya pun tidak tahu. Paling tidak sekarang saya hanya mentulikan telinga, tabahkan hati dan teruskan rentak permulaan tahun pertama sebagai seorang guru. Biarkanlah anasir-anasir ini terus memalu rentak mereka.
Bukan untuk mendapat kemasyuran. Tetapi mencari keberkatan, keseronokkan dan keikhlasan dalam bekerja.
Kawan-kawan lain pun macam itu juga?
p/s: Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup 1000 tahun lagi. Beribadatlah seperti kamu akan mati esok hari. Apa yang anda faham?
5 ulasan:
Buat sajelah. Pedulilah kata mereka. Kita buat kerja kerana Allah. Ibadah kita. Takkan kerana ibadah kita itu nak persembahkan yang cacat cela. Mestilah nak laksanakan yan terbaik punya.
Insya Allah, akan dijadikan saham di akhirat sana. Itu masalah mereka. Bukan masalah kita..
Salam sahabat. kita kena jadi guru yang proaktif! teruskan berjuang! Sharing with you the amazing Khalifah Method in my blog. May Allah ease everything. be proactive. keep moving!
pasal rumah sukan-kita kene bagi sokongan...baru pelajar rasa dihargai n bersemangat..yang penting semangat kesukanan
pasal APC- pedulikan org kate..aku yakin kau boleh dapat..apa salahnya,hasil kerja dapat penganugerahan kan
tanda buku bercop-aku pun wat ayul..biar nampak sistematik
RM menarik-bila rancangan mengajar menarik,baru la kite senang ati nak mengajar
biasakan yang betul,betulkan yang biasa
Catat Ulasan