Baru-baru ini negara kita digegarkan dengan beberapa siri perhimpunan 'haram' yang dianjurkan oleh beberapa badan pertubuhan politik mahupun oleh badan-badan NGO. Bermula daripada perhimpunan BERSIH, disusuli dengan HINDRAF dan yang terakhir sekali diadakan oleh pertubuhan peguam bersempena dengan hari Hak Asasi Manusia sedunia. Perhimpunan ini dikatakan 'haram' apabila tidak mendapat permit daripada pihak polis. Natijahnya, sesiapa sahaja yang menganjurkan perhimpunan haram akan dikenakan tindakan undang-undang di bawah akta polis dan boleh dikenakan di bawah akta keselamatan dalam negeri (ISA).
Perdana Menteri kita mendakwa bahawa perhimpunan sebegitu bukan budaya kita. Tetapi ada pihak yang telah mendakwa jika tidak dek kerana perhimpunan haram yang dianjurkan untuk menentang Malayan Union dahulu, mungkin kita tidak jadi seperti sekarang. Mungkin hak istimewa kita sebagai orang melayu bumiputera akan termansuh sama sekali. Kita tidak merdeka di tanah air sendiri. Di sini saya lihat perhimpunan ini merupakan gelombang yang mampu membawa suara dan kehendak rakyat secara dan dapat membuka mata pemimpin-pemimpin atasan. Kalau seorang dua mungkin tidak dipedulikan tetapi kalau dah sampai mencecah 100,000 yang bersama-sama menyatakan hasrat yang sama, pemimpin pasti akan mengambil berat tentang hal ini.
Bagi saya, sekiranya kita ingin terus mengamalkan sistem demokrasi, suara rakyat seharusnya menjadi perkara yang paling utama dalam perhatian pemimpin. Pelik juga kadang-kadang ada juga yang menganjurkan perhimpunan sebegini tetapi mungkin tak puas hati sebab rumah tak siap, bau busuk sampah dan ada untuk benih ikan. Tiada pula polis susah-susah nak hantar FRU pada hal mereka lebih kurang sama seperti mereka yang tidak berpuas hati terhadap sistem pilihan raya dan ingin menghidupkan hari hak asasi manusia. Dan tidak silap saya, SUHAKAM mengatakan tidak mengapa untuk mengadakan perhimpunan sebegitu kerana itu hak rakyat dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Entah-entah kalau rakyat buat perhimpunan sebab tidak puas hati harga minyak dan barang-barang keperluan lain naik, mahunya polis tangkap. Kasihan betul sebab mereka sekadar menyampaikan suara mereka.
Tapi ada juga sesetengah pihak mengatakan ia akan membuat negara kita jadi kacau bilau dan huru hara. Mereka juga mengatakan jalan akan menjadi sesak kerana perhimpunan ini. Ada pihak menyangkal dengan mengatakan kerana tidak kerana polis dan FRU yang membuat provokasi, maka tidak akan terjadi perkara seumpama itu. Perhimpunan akan jadi aman dan hanya menjadi gelombang suara rakyat. Tapi hal ini tidak boleh disamakan dengan HINDRAF. Jika dibandingkan dengan BERSIH dan perhimpunan hari hak asasi manusia, HINDRAF telah merosakkan harta benda awan dan merosakkan kuil mereka sendiri. Mereka bertindak di luar kawalan dan di luar dari perhimpunan yang sepatutnya. Dan mereka menyampaikan hasrat mereka dengan berbaur hasutan. Saya tidak setuju sama sekali dalam perkara ini.
Kalau kita lihat, di negara-negara maju mereka berani menegur kerajaan mereka dengan mengadakan perhimpunan untuk menyampaikan suara mereka. Padahal ramai golongan intelektual yang menyertai perhimpunan ini. Di negara mereka ada satu tempat di mana rakyat boleh lantang menyatakan suara mereka selagi tidak berbaur hasutan. Tapi negara kita telah didoktrinkan sejak dahulu lagi untuk menerima apa sahaja yang kerajaan buat dan tidak boleh ditegur. Kalau difikirkan, tak kanlah peguam tak tahu undang-undang sehinggakan mereka mengadakan perhimpunan. Mereka merupakan golongan yang profesional dalam apa perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat di negara ini.
Pendapat saya, kenapa tidak diadakan soal selidik kepada seluruh rakyat adakah negara kita telah mengadakan sistem pilihanraya yang sebenar dan bersih. Sebab yang mendakwa hal ini bukanlah golongan-golongan biasa. Serta jalankan soal selidik kepada masyarakat india di negara kita adakah mereka benar-benar disisihkan di negara kita.
Sekadar ingin berkongsi idea setelah membaca banyak sumber mengenai perkara di atas. Sekian Terima Kasih.
p/s: Semoga Allah merahmati perjuangan rakyat palestin yang mengadakan perhimpunan 'haram' setiap hari untuk membebaskan diri mereka dari cengkaman zionis yang seterang-terangnya 'batil' yang dikatakan bukan budaya negara kami dalam menegakkan perkara yang makruf.
Selasa, 18 Disember 2007
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan