Sekarang saya sedang sibuk untuk menyiapkan Laporan Rancangan Orientasi Sekolah yang telah saya jalani pada minggu lepas. Saya perlu menyiapkannya secepat mungkin kerana pada minggu pertama semester baharu saya sibuk dengan gerak kerja Program Tautan Kasih bersama Persatuan Mahasiswa Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya dan exco Persatuan Mahasiswa Sains akan pergi ke UKM pada 13hb Julai 2008. Sekiranya laporan dapat disiapkan lebih awal, saya boleh memberikan fokus yang lebih kepada program ini. Tambahan lagi dengan gerak kerja program yang lain. Tambahan lagi dengan tanggungjawab saya untuk menyiapkan tesis. Sememangnya tugas dan tanggungjawab ini memerlukan pengorbanan dari segi waktu untuk berehat dan menuntut pengurusan masa yang efisien.
Kepada rakan-rakan saya nasihatkan untuk tidak menangguhkan kerja untuk menyiapkan Laporan ROS.
Doakan saya. Sekian Terima Kasih
Syafrul
12.15 p.m.
3 Julai 2008
Khamis, 3 Julai 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan