Rabu, 27 Ogos 2008

Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kemenangan beliau sebagai wakil rakyat bagi parlimen Permatang Pauh semalam iaitu 26 Ogos 2008. Walaupun beliau dihujani dengan pelbagai tohmahan, cacian, fitnah dan sebagainya namun beliau masih utuh bagi memperjuangkan satu Malaysia yang baru. Baru dari segi ekonomi, pendidikan dan terutamanya kebajikan rakyatnya.
Kemenangan ini begitu besar maknanya kerana ia sama sekali akan merubah corak, paten serta lanskap politik negara kita pada hari-hari yang mendatang. Kita akan melihat sejauh mana penglibatan beliau di dalam parlimen dalam mencorakkan negara kita.
Sekali lagi tahniah diucapkan. Terima Kasih.
Syafrul
27 Ogos 2008
12.30 p.m.
Bitarasiswa

Tiada ulasan: