Pertamanya saya ingin memanjatkan setinggi kesyukuran kepada ilahi kerana saya sudah mendapat kembali kesihatan saya untuk terus berjuang dalam bulan ramadhan ini. Saya sudah pun kembali ke kampus untuk menyelesaikan 'hutang' masa saya yang saya tinggalkan yang sepatutnya dipenuhi dengan menyiapkan tugasan yang diberi.
Diam-diam kita sudah sampai pun ke 10 malam terakhir Ramadhan. Di kesempatan ini, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan para sahabat untuk kita melipatgandakan amalan, sekurang-kurangnya tidak meninggalkan solat tarawih. Minggu sebelum balik ke kampung halaman untuk berhari raya memang memenatkan. Tugas menjadi bertimbun setelah saya menghabiskan satu minggu di rumah bagi tujuan kuarantin. Tugas seperti tesis dan macroteaching harus saya selesaikan sebelum pulang bercuti. Kepenatan sepanjang bulan ramadhan bagi menyiapkan tugas-tugas ini memang mencabar saya. Saya seharusnya menjadikan tugas ini sebagai tarbiyah sebelum bergelar pendidik kelak.
Syukur juga saya panjatkan atas izin Allah untuk saya pergi menjalankan latihan mengajar di Negeri Melaka. Sememangnya saya tidak pernah bermukim di negeri ini kecuali ketika bercuti bersama keluarga. Insyaallah saya akan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan dalam daerah Alor Gajah. Semoga urusan saya ke sana dan di sana dipermudahkan oleh Allah.
Kepada sahabat, teruskan perjuangan ramadhan anda dan teruskan kesungguhan untuk menyiapkan tugasan anda dalam baki lebih kurang seminggu sahaja lagi ini.
Sekian Terima Kasih
Syafrul
22 September 2008
4.17 p.m.
HITZ Taman Universiti
Isnin, 22 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan