1) Akademi Fantasia
2) Mentor
3) One in a Million
4) Oo la la
5) Bintang RTM
6) Anak Wayang
7) Pilih Kasih
8) Raja Lawak
Saya sudah naik bosan dengan program realiti seperti ini. Bagi saya sudah banyak selebriti, penyanyi, pelakon yang Malaysia sudah miliki. Kalau masuk program seperti ini pun, belum tentu lagi dapat buat album dalam keadaan ekonomi sekarang. Keluar sahaja program tenggelam terus. Yang dapat menyanyi di majlis-majlis pun sudah kira cukup baik.
Sehinggakan program ini sudah menjadi matlamat anak bangsa saya sendiri, bangsa melayu. Lepas SPM itulah matlamat anak-anak bangsa saya. Bukannya nak kejar kerjaya yang hebat tetapi populariti. Walaupun tidak semua tetapi saya rasakan banyak yang pergi uji bakat. Panjang sangat beratur. Di mana pergi minda kelas pertama? Di mana pergi towering personaliti? Golongan yang nak kejar populariti ini ke yang akan memimpin bangsa kita? Dunia hiburan nampaknya tidak selari dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan bangsa malaysia yang maju
Bagi saya, kurangkanlah benda-benda ni. Kesian saya tengok anak perempuan islam terkinja-kinja atas pentas. Lelaki hilang kredibiliti bila terkinja-kinja menari. Pergaulan bebas lelaki perempuan. Yang pergi konsert yang pakai tudung pun ada. Orang luar boleh cakap inilah Budaya Islam yang Malaysia canangkan sehinggakan Kuala Lumpur diiktiraf sebagai hab budaya islam sedunia.
Alahai...hedonisme...
p/s: Agaknya Yahudi dah menang perang saraf dengan kita. Salah satu 4S yang mereka perkenalkan iaitu 'Song' sudah berjaya menyerap masuk ke saraf-saraf pemuda pemudi Islam kita.
Aku pula macam mana? Dah terpengaruh ke?
1 ulasan:
Assalamualaikum. Saya sokong dengan kamu, saudara Syafrul. Pembentukan peribadi dan pemikiran yang merosakkan anak bangsa, anak muda. Pernah saya terbaca sebuah blog yang menceritakan perbezan pemuda dahulu dan kini. Liahat sahaja Imam Syafi'e yang telah menghafal ketika masih kecil, Panglima Islam, Thariq Ziyad yang telah menjadi ketua angkatan perang ketika remaja dan pelbagai contoh lain. Kemana dan bagaimana agaknya matlamat dan peribadi pewaris generasi ini..??
Catat Ulasan