Apabila saya baca di dalam akhbar dan saya mendengar berita bahawa ada satu usul yang diperdengarkan di dalam Muktamar PAS yang lalu dari wakil Shah Alam iaitu berkisar mengenai Sister in Islam di Malaysia. Sister in Islam dikatakan meragukan umat Islam melalui utaran dan pandangan dari mereka yang lebih menjuruskan kepada kedudukan dan hak wanita dalam Islam. Dalam usul ini juga, pihak PAS mencadangkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan untuk menyiasat pergerakan ini.
Sebenarnya saya pernah mendengar tentang pergerakan Sister in Islam ini dahulu lagi. Seingat saya semasa saya di semester 1 di universiti lagi. Saya difahamkan bahawa pergerakan ini mendukung fahaman feminisme. Dimudahkan cerita, feminisme ini ingin mengangkat martabat, hak dan keistimewaan wanita sama taraf dengan lelaki. Mereka juga menentang sekeras-kerasnya pencabulan seksual dalam kalangan wanita, rogol, penindasan, diskriminasi kepada hak wanita dan lain-lain.
Semasa saya menjadi pelajar di universiti, saya pernah terjumpa dengan sebuah buku berwarna merah yang bertajuk, "Fiqh Wanita" di perpustakaan Tuanku Bainun. Saya agak tertarik oleh penerbitnya iaitu Sister in Islam. Saya menjadi teruja untuk mengetahui isi dalamnya dan saya mengambil masa lebih dari sejam untuk duduk di dalam perpustakaan dan membaca setiap bait dalam buku tersebut.
Dalam buku tersebut ada diberikan penerangan mengenai aurat, poligami, khitan dan lain-lain lagi. Akan tetapi saya lebih mengambil berat mengenai aurat. Di dalam buku tersebut mereka berjaya mengutarakan beberapa hadis (saya tidak tahu la tarafnya) dan beberapa rujukan kitab yang menunjukkan bahawa wanita tidak wajib menutup lengan mereka. Ada sampai satu peringkat mereka menggunakan ilmu mantik yang hebat sehingga mereka membuktikan wanita tidak perlu menutup aurat mereka yang 'besar-besar' seperti kepala, rambut, dada dan lain-lain lagi. Sekadar tutup dari pusat hingga ke lutut. Di sini saya dikelirukan. Akan tetapi saya tetap berpegang dengan apa yang saya belajar selama ini.
Dalam buku ini juga ada diterangkan mengenai alasan mengapa perlu berkhitan bagi bayi perempuan. Bagi mereka ini akan mengurangkan kepuasan seks bagi wanita ini. Timbul lagi satu kekeliruan. Dalam poligami, mereka memberikan alasan bahawa lelaki tidak boleh sewenang-wenangnya berkahwin lebih daripada satu. Dalam buku ini juga mencabar pemberian wasiat dan faraidh kepada lelaki. Buku ini mendakwa mengapa lelaki diberikan bahagian yang lebih di dalam faraidh dan ini bagi mereka adalah tidak adil.
Sebagai kesimpulan, selepas saya membaca buku tersebut, saya percaya bahawa buku yang diterbitkan oleh Sister in Islam ini benar-benar keliru kerana ia ekstrem daripada apa yang kita belajar di sekolah agama dan pondok-pondok. Dengan ini saya menyokong usul Sister in Islam ini disiasat dan dikekang pergerakkannya.
p/s: Shahrizat Jalil marah kepada PAS, Khairy pun marah jugak kat PAS, Norley merupakan salah seorang ahli SIS, Ketua SIS tidak pakai tudung...Buatlah kesimpulan sendiri siapa dan golongan mana yang sokong mereka ni...
Rabu, 17 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan