Sehingga tarikh 3 ogos 2009, beberapa perkara berkenaan temuduga telah saya selesaikan dengan izin. Saya sudah menempah satu apartment untuk 3 orang dengan bantuan bonda tersayang di Port Dickson. Nama tempat yang saya akan menginap adalah Blue Lagoon. Saya akan menginap di sini untuk 3 hari 2 malam. Seronok juga dapat jadi tukang mencari apartment untuk kawan-kawan yang lain. 6 orang semuanya. Bagi saya pengurusan sebegini adalah satu bentuk kebajikan yang ingin saya lakukan. Mungkin yang terakhir untuk sahabat-sahabat saya. Sama seperti projek kajian lapangan di lumut semasa semester 7.
Semua dokumen yang diperlukan juga telah saya uruskan. Pertama dokumen salinan telah disahkan. Terima Kasih saya tujukan kepada pentadbiran SAM Batu 10, tempat saya mengumpul ilmu akademik dan agama. Sijil-sijil ko-kurikulu sepanjang di Universiti juga saya letakkan dalam satu fail. 20 kesemuanya. Tidak cukup lagi tak tahulah saya. Sijil-sijil akademik seperti PMR, SPM, kecemerlangan akademik, sijil-sijil senarai dekan, pelajar terbaik kursus juga telah saya letak dalam satu fail khas. Kalau tidak 'organise' lagi di mata penemuduga, saya tidak tahulah nak bicara apa lagi.
Yang tinggal hanyalah untuk membaca dan membuat latihan INSAK. Saya sudah selesai membacanya tetapi latihan harus juga dibuat. Untuk soalan temuduga, saya rasa saya dapat lakukan dengan baik kerana saya sering juga membaca akhbar tentang isu semasa, menonton berita serta memberikan respon dalam blog saya. Mungkin beberapa perincian yang saya terlepas pandang harus saya titik beratkan. Minda saya harus juga sentiasa digerakkan agar sentiasa peka, cakna dan empati dengan isu semasa.
Tidak lupa juga doa serta restu ibu bapa saya. Dengan Izin yang Maha Penentu.
p/s: Boleh tenangkan fikiran di tepi pantai nanti
Isnin, 3 Ogos 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
semangat n sokongan dari za xdisertakan sekali ke(",)..
Catat Ulasan