Rabu, 10 Disember 2008

Takziah kepada penduduk Bukit Antarabangsa & Sekitarnya

Takziah kepada semua mangsa kejadian tanah runtuh bukit antarabangsa dan kawasan sekitarnya. "Kerosakan di muka bumi daripada tangan-tangan manusia...." p/s: Macam biasa la, dah jadi baru la nak buat kajian itu ini,resolusi itu ini, muzakarah itu ini, buat artikel itu ini. Manusia susah nak insaf....Tapi kalau tak jadi benda macam ni, tak terngadah la manusia.... Syafrul 10 Disember 2008 1.30 a.m. Rumah 98

Jumaat, 28 November 2008

Cincin Lawa

Syafrul 11.55 a.m. 28 November 2008 Cyber Cafe Pintu Timur

Sabtu, 25 Oktober 2008

Libur: Kuala Selangor Nature Park

Pada 19hb Oktober yang lalu, saya telah berlibur di Kuala Selangor Nature Park. Saya berkesempatan ke sana setelah ada kekosongan peserta kajian lapangan kumpulan sahabat saya. Saya tidak melepaskan peluang ini setelah berjaya menyiapkan beberapa tugasan pada minggu tersebut. Lagi pun, saya ingin melihat kelainan daripada kajian lapangan yang telah saya uruskan sebelum menjelmanya bulan ramadhan di teluk senangin.
Bertolak
Kami telah bertolak pada jam 7.30 pagi dari kampus dan tiba di Kuala Selangor Nature Park setelah mengharungi perjalanan selama 1 jam 30 minit. Kuala Selangor Nature Park ini terletak berdekatan dengan Bukit Melawati dan menara rumah api boleh dilihat dengan jelas.
Ketibaan
Sebaik sahaja kami tiba di sana, kami diminta berkumpul bagi membahagikan tugas setiap kumpulan. Setiap kumpulan diberi tema spesis haiwan untuk dikaji. Tema-tema yang disediakan adalah ketam, belacak, monyet dan burung. Saya diminta untuk membantu kumpulan yang mengkaji burung. Untuk pengetahuan, kajian mengenai burung dipanggil ondrotologi. Dari sudut ekologi Kuala Selangor Nature Park ini, ia terdiri daripada kawasan hutan, paya bakau dan kawasan tasik terbuka. Maka kepelbagaian ekosistem ini sesuai bagi burung-burung yang berhijrah dan pelbagai jenis ketam serta belacak. Jadi, saya tidak hairan sekiranya haiwan-haiwan tersebut mudah untuk dijumpai dalam nature park tersebut. Kami telah memulakan kajian pada jam 9.45 pagi. Sepanjang kajian mengenai burung, kami telah mengira berapa ekor burung yang berterbangan bagi sesuatu kawasan. Kami juga melukis bentuk burung dari kepala hingga kepada bentuk ekor. Kami juga merekod berapa bunyi kicauan burung bagi sesuatu kawasan. Kami juga merekod suhu dan kelajuan angin kawasan yang terdapat burung. Jenis burung yang ditemui adalah burung layang-layang, raja udang, bangau putih, belatuk, helang merah dan pipit. Bagi saya ini adalah pengalaman pertama saya melakukan 'bird watching' di kawasan migrasi burung. Pengalaman ini sangat menyeronokkan.
Ketam Kecil Berwarna Biru. Bila Malam Ia Akan Bercahaya Dalam Gelap
Belacak Paling Besar Saya Lihat
Burung Belatuk
Merekod Bilangan Burung Dari Atas Menara
Kami telah berjaya menyiapkan kajian kami setelah berjaya menjelajah ke setiap ruang nature park tersebut. Kajian kami tamat pada jam 12.30 tengah hari. Kami telah meredah paya bakau dan hutan yang terdapat dalam nature park tersebut.
Tamat Kembara
Sebelum pulang, kami perlu membentangkan hasil kajian kami di hadapan rakan-rakan dan pensyarah sebagai satu bentuk perkongsian. Pihak pengurusan juga menjalankan acara bertukar hadiah sebelum pulang. Saya berjaya mendapat hadiah sebatang pen yang sangat cantik. Terima Kasih Fahmi. Kemudian kami pulang pada jam 4.30 petang. Bagi diri saya sendiri, kajian lapangan ini membuka satu pengalaman baharu bagi diri saya. Saya telah belajar bagaimana seorang biologist mengkaji burung dalam sesuatu kawasan lebih-lebih di negara kita yang kaya dengan ekosistem yang sesuai bagi burung-burung yang berhijrah. Pada sudut yang lain pula, saya lebih menikmati kajian lapangan ini kerana saya hanya peserta dan bukan pengarah seperti kajian lapangan yang lepas di Teluk Senangin yang menuntut komitmen yang tinggi untuk menjalankan beberapa perkara dalam satu masa. Saya telah menjiwai alam semulajadi melalui kajian lapangan ini dan mengharapkan aset kita yang berharga ini tidak dimusnahkan sebagai tuntutan kemajuan yang penuh dengan kapitalisme. Sekian Terima Kasih. Syafrul 25 Oktober 2008 5.55 p.m. Bitarasiswa

Ceritera Tesisku

Tesis.Tesis. Akhirnya sementelah 10 minggu bergelumang denganmu, aku berjaya menghasilkanmu. Hanya untukmu, setelah sekian proses, dari mencari rujukan untuk menguatkan hujah-hujah kataku, dari mencari dan mengumpul entiti yang bergelar data dari anak-anak didik ku dalam makmal, dari menganalisis data tersebut sehingga menjadi satu jadual dengan menggunakan entiti yang dipatenkan dengan nama SPSS, dari mencungkil benak hujung akal panjangku untuk meluahkan idea-idea dan cadangan-cadangan nan bernas untuk diketengahkan bagi dikenal pasti oleh Dr Maria, aku berjaya juga menyiapkanmu jua dari kulit ke kulit. Akhirnya kau ku beri nama;
"Keberkesanan Berinteraksi Dalam Forum Sebagai Pembelajaran Atas Talian Secara Kolaboratif Bagi Meningkatkan Tahap Pencapaian Pelajar Dalam Isu Pemanasan Global dan Kesan Rumah Hijau" Sungguh panjang dan enak sekali namamu itu. Kau tahu hanya kerana apa aku menyiapkanmu? Hanya kerana menghasilkanmu adalah sebagai satu syaratku untuk mengenggam satu ijazah. Dan kerana ijazah itu merupakan harapan kedua bonda dan ayahanda ku, merupakan harapan bakal isteriku, merupakan harapan bakal anak didik ku, aku berusaha sedaya upaya, memerah keringat bagi melihat kau berjaya lahir ke dunia. Namun, kau bukan milik mutlak ku wahai tesisku. Kau akan dimiliki oleh Fakulti tempat aku menimba ilmu, kau akan dimiliki oleh Universiti tempat aku membina kematangan, kau akan dimiliki oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, badan yang akan menggajikan aku bagi aku memenuhi nafkah isteri dan anakku kelak. Kita akan berpisah jua kelak. Namun, pengalaman ku bersamamu tidak akan ku lupakan. Segala tekanan telahku curahkan untukmu. Walhal, apa yang penting adalah, ku mengkehendakimu untuk berbakti kepada generasi selepas ku. Berilah mereka segala rujukan. Berilah mereka segala ilmu. Berilah mereka segala inspirasi. Berilah mereka segala cetusan idea agar mereka juga dapat menghasilkan angkatanmu. Jangan kau lupa untuk berbaki juga kepada Dr Maria. Aku akan menjadi bangga. Biar sejagat raya tahu apabila kau diperbentangkan di mana-mana konferens atau menjadi rujukan mana-mana badan yang berniat untuk membina forum yang bermanfaat, akulah yang melahirkanmu dengan sedaya kudrat ku. Namun jika aku diberi dua pilihan, sama ada aku ingin menjadikan mu bangsa pendidikan ataupun bangsa 'content', jawabku, aku bisa mewarnaimu dengan nilai-nilai 'content', maksudku ilmu mengenai kehidupan atau latinnya 'Biologos'. Agar aku mudah terbang tinggi ke dunia sarjana ataupun doktorat, sebagai memenuhi impian ayahandaku. Tulus... Syafrul 25 Oktober 2008 4.30 p.m. Bitarasiswa

Jumaat, 24 Oktober 2008

Sahabatku, Jalan ini Bukan Mudah. Aku Bersamamu.

Sahabat.. Aku mencintaimu kerna Rasulullah memerintahkan aku mencintaimu. Ya,tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri. Sahabatku yang sangat aku cintai.. Sungguh,jalan yang kita lalui ini bukan jalan yang indah dan mudah. Jalan ini matlamatnya cantik dan mengkagumkan.Tapi, sungguh tidak dapat aku janjikan kepadamu jalan ini akan senang kau lalui. Bukankah sejarah membuktikannya, haq yang ingin dibawa tentu sekali akan ditentang. Sahabat.. Bukankah dalam kita berdiskusi, seringkali kita ingatkan pejuang yang telah lama terkorban dulu? Sheikh Hassan Al Banna,ditembak di pasar. Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq! Syed Qutb,nyawanya tercabut menemui Rabb nya di tiang gantung? Kerna apa? Kerna dia membawa yang haq. Sheikh Ahmad Yassin dibunuh dengan misil yahudi laknatullah di hadapan masjid di subuh yang hening. Kerna apa? Kerna dia juga membawa yang haq! Amanah ini untuk kita,sahabatku.Amanah ini untuk orang seperti kalian. Bukanlah aku ingin menggoyahkan semangat wajamu dan bahkan tidak sesekali. Tetapi sahabat,yang pasti ingin aku ingatkan janji Allah terhadap orang yang menolong agamanya, Allah pasti akan membantu urusannya. Aku ingin ingatkanmu kasih sayangNya dan rahmatNya terhadap hamba yang diredhai Nya. Bukankah senang nanti bila Allah tanyakan kepada kita: Apa yang kau gunakan masa mudamu dan aku dan kau serentak menjawab :Ya Tuhanku, Ya Rabb, masa mudaku dan masa tuaku adalah aku letakkan pada jalanMu. Adalah untuk Kau. Hanya untuk hidup dalam redhaMu walau kami ditekan. Untuk hidup dalam cinta kami kepada Mu.

Sahabat... Peluru, tali gantung, pedang yang tajam, bahkan tekanan yang kuat dari pengalaman kehidupan sememangnya boleh melemahkan sesiapa sahaja. Tapi bukan engkau. Engkau dibina dengan tarbiyah. Dihiasi keindahan akhlak. Dilahirkan sebagai pendukung agama ini. Biar siapa sahaja pun engkau, biar apa sahaja kata orang,kau terus menguatkan langkah menyusur jalan in. Aku yakin,kerna kau sahabatku. Sahabatku yang dikasihi.. Tidak dapat aku janjikan kesenangan dan kemewahan mengikut jalan ini. Tidak dapat aku berikan nama dan pangkat. Tapi akan ku tawarkan yang lebih baik dari segala itu. Akan kuberikan doaku semoga kau teguh dalam jalan ini .Akan ku bersama kau melangkah membawa haq dalam jalan ini. Akan aku luka dan berdarah bersama kau. Kerna kita saudara yang saling mencintai kerna Nya. Sungguh aku bersama mu. Tulus, Sahabatmu tercinta Diperoleh daripada: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1203

Isnin, 29 September 2008

Selamat Hari Raya

Kad Raya Yang Paling Banyak Saya Terima Dalam Comments Friendster
Di kesempatan ini saya ingin menghulurkan salam aidilfitri kepada semua sahabat yang mengenali diri saya tidak kira rapat atau pun tidak. Saya memohon kemaafan dari hujung rambut ke hujung kaki dan saya meminta dihalalkan segala ilmu dan pengalaman yang telah kita kongsi bersama sepanjang tempoh persahabatan kita. Insyaallah. Pada tahun ini saya akan menyambut aidilfitri di kampung halaman bonda saya di Kelantan iaitu di Kampung Pendek, Pasir Mas Salor, Kota Bharu setelah hampir 3 tahun tidak menyambut lebaran di sana. Saya berharap kepada semua rakan dan pelawat blog saya untuk menjaga diri di bulan syawal ini. Berhati-hati di jalan raya dan kurangkan bermain mercun serta memperbanyakan berkunjung-kunjungan.
Selamat Hari Raya Hari Yang Bahagia Selamat Hari Raya Ampun Maaf Dipinta p/s: Apela ekspresi saudara mara kat kelantan tengok saya nanti....dah 3 tahun tak balik...(",) Syafrul 29 September 2008 12.50 p.m. Home Sweet Home

Isnin, 22 September 2008

Tugas di 10 Malam Terakhir Ramadhan

Pertamanya saya ingin memanjatkan setinggi kesyukuran kepada ilahi kerana saya sudah mendapat kembali kesihatan saya untuk terus berjuang dalam bulan ramadhan ini. Saya sudah pun kembali ke kampus untuk menyelesaikan 'hutang' masa saya yang saya tinggalkan yang sepatutnya dipenuhi dengan menyiapkan tugasan yang diberi. Diam-diam kita sudah sampai pun ke 10 malam terakhir Ramadhan. Di kesempatan ini, saya ingin berpesan kepada diri saya sendiri dan para sahabat untuk kita melipatgandakan amalan, sekurang-kurangnya tidak meninggalkan solat tarawih. Minggu sebelum balik ke kampung halaman untuk berhari raya memang memenatkan. Tugas menjadi bertimbun setelah saya menghabiskan satu minggu di rumah bagi tujuan kuarantin. Tugas seperti tesis dan macroteaching harus saya selesaikan sebelum pulang bercuti. Kepenatan sepanjang bulan ramadhan bagi menyiapkan tugas-tugas ini memang mencabar saya. Saya seharusnya menjadikan tugas ini sebagai tarbiyah sebelum bergelar pendidik kelak. Syukur juga saya panjatkan atas izin Allah untuk saya pergi menjalankan latihan mengajar di Negeri Melaka. Sememangnya saya tidak pernah bermukim di negeri ini kecuali ketika bercuti bersama keluarga. Insyaallah saya akan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pengkalan dalam daerah Alor Gajah. Semoga urusan saya ke sana dan di sana dipermudahkan oleh Allah. Kepada sahabat, teruskan perjuangan ramadhan anda dan teruskan kesungguhan untuk menyiapkan tugasan anda dalam baki lebih kurang seminggu sahaja lagi ini.
Sekian Terima Kasih Syafrul 22 September 2008 4.17 p.m. HITZ Taman Universiti

Rabu, 10 September 2008

Doakan Kesihatan Saya

Semalam iaitu 9 September 2008, saya telah disahkan oleh doktor bahawa saya telah menghidapi chicken pox rentetan jangkitan daripada keluarga saya. Bermula daripada ayahanda saya, adik-adik saya dan kemudian saya. Chicken pox ini muncul setelah 3 minggu saya kembali semula ke Tg Malim setelah bercuti di rumah selama seminggu. Saya hanya menanti bila saya akan dijangkiti dan dengan kehendak ilahi, saya dijangkiti semalam. Namun, saya bersyukur kerana saya dijangkiti selepas saya selesai menjadi pengarah bagi kerja lapangan ke Teluk Senangin. Sungguh pun begitu, saya terpaksa pulang ke kampung halaman bagi tujuan kuarantin selama seminggu dengan saya meninggalkan kerja-kerja penting seperti latihan macroteaching dan tesis. Semoga urusan saya dipermudahkan. Saya mengharapkan sahabat-sahabat yang mengunjungi blog saya dan semua kenalan saya dapat mendoakan saya supaya cepat sembuh dan meneruskan urusan saya yang tidak selesai lagi. Sekian Terima Kasih.
Syafrul 12.59 p.m. 10 September 2008 Rumah 230

Isnin, 8 September 2008

Benefits Of Fasting

The original meaning sawm is to be at rest. We give rest to the gastro-intestinal tract, the sexual organs, the tongue, the eyes and ears, etc. The transit time for a bolus of food from the mouth to the end of the large intestine, called colon, is about 14 hours. This is the period - of 14 hours - during which we fast and withhold any stimulus, reaching the stomach and the digestive system. In fact, fasting is an additional safety device for the regenerative processes of the body. The repair processes of the body and the brain, including the memory molecules take place when the body is at rest, especially during the stage of deep sleep. Sleeping during Ramadan is much deeper than in other times. Two hours of sleep during Ramadan are more satisfying and refreshing than more hours of sleep otherwise. Fasting significantly increases deep sleep and reduces the dreaming time, which takes place during the Rapid Eye Movement (REM) sleep. Therefore, it is more beneficial for the elderly to fast because their normal hours of deep sleep in the non-fasted state are much less. Fasting is a divine prescription, because Allah Himself prescribed it in the Qur’an. Because the Islamic fast does not exceed 14 hours or so, the normal steady state of the body is maintained as a result of coordinated physiological mechanisms. Hence, nearly all the biochemical results in the laboratory are normal. During fasting, serum magnesium is increased and…
  • Magnesium has cardio-protective effects and it is being used in prevention and treatment of heart attacks.
  • It has anti-platelet properties and prevents extension of the clot.
  • It is a membrane stabilizer acting on the sodium/potassium/calcium flux at the membrane level. Hence, it prevents cardiac and cerebral dysrhythmias.
  • Fasting, through the beneficial effects of magnesium, prevents the formation of atheroma as well as dissolves atheromatous plaques which are responsible for heart attacks and strokes. Hence, fasting takes an active part in the rejuvenating processes of the body through many channels.
  • It increases the fibrinolytic activity of the blood, which leads to prevention and also dissolution of any recent clot.

Ramadan puts a healthy mind into a healthy body. During fasting, there is increased secretion of the growth hormone by the pituitary gland. It is an anabolic hormone for synthesis of proteins and collagen, which produces a positive nitrogen balance. It also stimulates erythropoiesis, as well as collagen synthesis.

During the exercise of fasting, prayers and different spiritual experiences of Ramadan, certain endogenous substances are released by the brain and spinal cord into the body called opioids, which include enkephalins and endorphins. These are responsible for euphoria, tranquility and serenity during such periods.

Endorphins and enkephalins are natural painkillers. Endorphins may be responsible for the "feel nice" effects, experienced by many people after rigorous exercise. Endorphins and enkephalins are derived from beta-lipotropin. On release, it is cleaved to form three major active products: called met-enkephalin, gamma-endorphin, and beta-endorphin.

Beta-endorphin is most active, and is about 20 times as potent as morphine. In addition to their painkilling properties, the narcotic analgesics cause a profound feeling of well-being (euphoria). It is this feeling that is in part responsible for the psychological drive of certain persons who are fasting. Other mechanisms reduce pain sensation by blocking the transmission of pain message to the brain.

To alter the pain sensation, the brain and spinal cord release specialized neurotransmitters called endorphins and enkephalins. These chemicals interfere with pain impulse transmission by occupying the nerve cell receptors, required to send the impulse across the synapse. By making the pain impulse travel less efficiently, endorphins and enkephalins can significantly lessen the perception of pain. In extreme circumstances, they can even make severe injuries nearly painless.

If an athlete is injured during the height of competition, or a soldier injured during a fight, or persons who are fasting, they may not realize they have been hurt, until after the stressful situation has ended! This happens because the brain produces abnormally high levels of endorphins or enkephalins, in periods of intense stress, excitement or fasting.

Fasting and bio-rhythm

Muslims who have been fasting regularly since childhood have been exposed to different sleep/wake and light/darkness cycles on a daily basis in one annual lunar month. Hence, it may be easier for such persons to synchronize at a faster rate their circadian, circa-lunar and circa-annual bio-rhythms, under difficult conditions.

Therefore, it is expected that Muslims who fast regularly would least suffer from jet lag while traveling in a plane from West to East and that health problems in Muslim shift-workers would be minimal. In fact, the central circadian biological clock is located in the suprachiasmatic nucleus of the hypothalamus. It is a cluster of about 10,000 neurons on either side of the mid line, above the optic chiasma about 3 cm behind the eye.

Re-setting proceeds at the rate of 1-2 hours/day to adapt to a reversed shift pattern. There are widespread individual variations in the rapidity of resynchronization. Muslims who fast regularly and who have had disturbed wakefulness/sleep cycles on a daily lunar annual basis, can adapt themselves much faster to different conditions during international travel. This is while crossing time zones and do not suffer from the ill effects of jet lag.

It is also a common observation that as soon as Ramadan is over, normal circadian rhythms are established within the fasted Muslim, with such great rapidity on the first day of the following month of Shawal. This means that `Eid-al-Fitr (Minor Feast) is to be at par with pre-Ramadan levels.

Normally, a period of three weeks is required for resynchronization, among shift workers. As the fasting Muslim attunes himself to resynchronization processes, during the space of just over four weeks in Ramadan, his health problems - as a shift worker - would be negligible. His synchronization processes would be more rapid, whether during Ramadan or any other time.

Diperoleh Daripada: http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1123996015844&pagename =IslamOnline-English-AAbout_Islam%2FAskAboutIslamE%2FAskAboutIslamE

Khamis, 4 September 2008

Mari Maksimumkan Bonus Ramadhan

Bagi memastikan kesohihan puasa serta mampu memaksimakan pahala dan keuntungan dari Ramadhan, amalan yang berdasarkan nas yang kuat berikut perlu dilakukan:-

1) Berniat dalam hati untuk berpuasa di malam hari.

2) Besahur di akhir malam (yang terbaik adalah jaraknya dengan azan subuh selama bacaan 50 ayat al-Quran secara sederhana). Nabi SAW bersabda :

" Perbezaan di antara puasa kami (umat Islam) dan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Muslim, 2/770).

Selain itu, Nabi juga bersabda : "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" ( Al-Bukhari, 4/1923 ; Muslim).

Baginda SAW juga menyebutkan bahawa Malaikat sentiasa meminta ampun bagi orang yang bersahur. (Riwayat Ahmad, 3/12 ; Hadith Hasan).

Selain makan tatkala itu adalah amat digalakkan kita untuk mendirikan solat sunat tahajjud, witr dan beristifghar dan lain-lain amalan sebelum menunaikan solat subuh berjemaah(bagi lelaki).

Adalah amat tidak digalakkan bagi seseorang yang bersahur dengan hanya makan di sekitar jam 12 malam sebelum tidur. Kebanyakan individu yang melakukan amalan ini sebenarnya amat merasa berat dan malas untuk bangun di tengah malam. Ia pada hakikatnya adalah tidak menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda SAW.

3) Memperbanyakkan bacaan Al-Quran dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.

Terdapat ramai ulama silam menyebut tentang kepentingan mendahulukan membaca al-quran di atas amalan sunat seperti menelaah kitab, membaca hadith dan lain-lain. Ia adalah salah satu amalan yang paling diambil berat oleh Nabi SAW ketika baginda membacanya bersama Malaikat Jibrail as. Hal ini disebut di dalam hadith al-Bukhari.

4) Memperbanyakkan doa semasa berpuasa.

Sepanjang waktu kita sedang menjalani ibadah puasa, ia adalah sentiasa merupakan waktu yang sesuai dan maqbul untuk kita berdoa, sebagaiaman di tegaskan oleh Nabi S.a.w :-

ثلاثة حق على الله أن لا يرد لهم دعوة : الصائم حتى يفطر والمظلوم حتى ينتصر والمسافر حتى يرجع

Ertinya : Tiga yang menjadi hak Allah untuk tidak menolak doa mereka, orang berpuasa sehingga bebruka, orang yang dizalimi sehingga dibantu, dan orang bermusafir sehinggalah ia pulang" (Riwayat Al-Bazaar,

Sebuah hadis lain yang hampir sama maksudnya menyebutkan :-

ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حتى يفطر والإمام العادل ودعوة المظلوم

Ertinya : Tiga yang tidak ditolak doa mereka, orang berpuasa sehingga berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah ; Hadis Hasan menurut Imam At-Tirmidzi dan Ibn Hajar, sohih menurut Syeikh Ahmad Syakir)

5) Memperbanykan doa ketika hampir berbuka

Ini kerana tahap maqbul tatkala itu semakin hebat berdasarkan hadith Nabi s.a.w :

إن للصائم عند فطره لدعوة ما ترد

Ertinya : Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala wkatu berbukanya,adalah waktu doa yang tidak ditolak ( Riwayat Ibn Majah ; Sohih)

6) Menyegerakan berbuka puasa selepas kepastian masuk waktu maghrib.

Berdasarkan hadith Nabi SAW :

لا يزال الناس بخير ما عجلوا الفطر

Ertinya : "Sentiasalah umatku berada dalam kebaikan sepannjang kamu menyegerakan berbuka" ( Riwayat Al-Bukhari, 4/1957).

Berbuka juga perlu didahulukan sebelum menunaikan solat maghrib, malah jika pada hari tersebut tahap kelaparan kita agak luar biasa, lebih baik kita berbuka dan makan sekadar kelaparan tidak mengganggu solat Magrhib kita.

Disebutkan bahawa tidaklah Nabi SAW menunaikan solat Maghrib kecuali setelah berbuka walaupun hanya dengan segelas air. (Abu Ya'la dan al-Bazzar : hadith Hasan).

7) Adalah digalakkan pula untuk berbuka dengan beberapa biji rutab ( kurma basah) atau tamar (kurma kering) sebagai mengikuti sunnah, dan jika tiada keduanya mulakan dengan meneguk air.

كان رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يفطر على رطبات قبل أن يصلي فإن لم تكن رطبات فعلى تمرات فإن لم تكن ‏ ‏حسا ‏ ‏حسوات ‏ ‏من ماء

Ertinya : Rasulullah s.a.w berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rotab, maka tamar dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air" ( Riwayat Abu Daud, Ahmad & At-Tirmidzi)

(Riwayat Abu Daud, 2/2356 : Hadith Hasan).

Sambil memboca doa berbuka yang sohih dari nabi iaitu

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

" Zahaba az-Zama u wabtallatil ‘uruq wathabatal ajru InsyaAllah"

Ertinya : "Telah hilanglah dahaga, telah basah ular leher dan telah tetap mendapat pahalanya InshaAllah " Riwayat Abu Daud, 2/2357 : Hadith Hasan menurut Albani). Atau doa-doa makan yang biasa.

9) Amat disunatkan untuk menyedeqahkan harta bagi mempersiapkan juadah berbuka untuk orang ramai terutamanya orang miskin. Nabi SAW bersabda :

‏من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا

Ertinya : Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" ( Riwayat At-Tirmidzi, 3/807; Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi).

Disebut dalam sebuah hadis lain

ومن أشبع صائما سقاه الله من حوضي شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة

Ertinya : Barangsiapa yang mengenyangkan seorang yang berpuasa ( berbuka), Allah akan memberinya minum dari telagaku ini dengan satu minuman yang tidak akan haus sehinggalah ia memasuki syurga " (Riwayat Al-Baihaqi ; Ibn Khuzaymah dalam Sohihnya : rujuk juga Tuhaftul Ahwazi, )

10) Menunaikan solat sunat terawih pada malam hari secara berjemaah buat lelaki dan wanita atau boleh juga dilakukan secara bersendirian. Ia berdasarkan hadith riwayat An-Nasaie yang sohih.

Boleh juga untuk menunaikannya separuh di masjid dan separuh lagi di rumah, terutamanya bagi sesiapa yang ingin melengkapkan kepada 20 rakaat.

11) Memperbanyakkan bersiwak (iaitu menggunakan kayu sugi tanpa air dan ubat gigi). Ia juga sohih dari Nabi SAW dari riwayat al-Bukhari.

12) Amaran bagi berbuka di siang ramadhan tanpa uzur :

Nabi SAW bersabda dalam hadith sohih ancaman berat dengan digantung di dagunya dengan terbalik hingga darah mengalir bagi individu cuai. (lihat Al-Muntaqa min At-Tarhib wa targhib).

Selain itu, Nabi juga menyebut bahawa : "Barangsiapa yang berbuka tanpa uzur pada Ramadhan, maka ia tidak mampu mengantikan kerugian dari puasa yang ditinggalkan itu, walaupun ia berpuasa selama-lamanya" ( Riwayat Abu Daud, Ibn Majah)

Diperoleh daripada: http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=594&Itemid=72